Langkau ke kandungan utama

Pemburu Cinta 2



“Abang,” 

“Hmm?” 

Wajah cantik di hadapannya ditatap penuh mesra. Hati memuji kecantikan yang dilihat. Memang bertuah kerana dapat memikat gadis bernama Jamilah yang menjadi rebutan ramai di pejabat mereka. 

Azhar tidak tahu kenapa Jamilah meminatinya. Dia hanya seorang kerani sedangkan Jamilah ialah pegawai akaun di pejabat, lulusan daripada salah sebuah universiti tempatan. Mungkin sebab dia hensem kut? Atau, kelebihan yang biasa kawan-kawannya sebut tentang dirinya iaitu kelembutan bicara dan keprihatinannya. Entahlah. Tapi, tak salah, kan? Kalau orang dah suka, kita layan ajelah, fikirnya. 

Rasa bersalah? Pada Miza? Kenapa pulak? Makan pakai di rumah tu, semua dah cukup. Azhar tersenyum lagi. Dalam hati terdetik juga... walaupun bukan duit aku bagi ke dia, tapi dia patut bersyukur! Kalau aku tak kahwin dengan dia, siapa yang nak kat dia tu? Bukannya lawa sangat pun! 

“Abang, mak sayang tanya... bila abang nak lamar sayang? Bila nak kahwin ni?” 

Soalan Jamilah menyebabkan Azhar tersedak. Tak sangkalah pulak itu yang akan ditanya. Lantas wajah Jamilah ditatap tajam. 

“Sayang dah sedia nak kahwin dengan abang ke? Dah ready?” tanya dia. 

Tanpa malu, Jamilah mengangguk. 

“Sayang, fikir masak-masak! Abang ni apa pun tak ada. Gaji abang kecik. Abang bukan orang kaya. Nak tampung yang sorang di rumah tu pun abang tak mampu, tahu! Nanti kalau kita kahwin, abang takut sayang.....” 

Cepat-cepat Jamilah menutup mulut Azhar dengan tapak tangannya. Kepala digeleng-geleng. “Sayang tak kisah, abang! Duit ringgit semua tu sayang dah ada. Sayang cuma nak abang saja.” 

Lembutnya lidah merayu, kan? Mahu tidak tersentuh jiwa Azhar? Gadis cantik, muda, bergaji lebih besar daripadanya hanya mahukan perlindungan dan kasih sayang sahaja. Namun dia masih mahu menguji. 

“Sayang ni sekarang cakap macam tu lah! Nanti bila dah kahwin mulalah marah-marahkan abang. Cakap abang tak bagi nafkah lah, Cakap abang tak adillah. Cakap abang ni berat sebelahlah! Miskinlah! Bukan boleh percaya sangat! Esok-esok, bila dah kahwin, abang yang miskin ni mulalah dikutuk-kutuk, diugut-ugut! Maklumlah... siapalah Azhar bin Muhamad, kan? Hanya kerani cabuk sahaja...” Azhar merendah diri. Sesekali mengenakan si cantik, apalah salahnya, kan? Masa beginilah untuk dia ketahui isi hati Jamilah terhadapnya. Apakah benar ada cinta untuk dia atau hanya satu kepalsuan? 

Sepasang mata Jamilah berkaca. Sedih bila cintanya yang agung dipertikai. Bila hasrat dianggap hanya satu gurauan. Macamlah Azhar tidak kenal dirinya? 

Sudah hampir setahun mereka bermesra. Takkan Azhar masih belum dapat mendalami hati budinya lagi? 

“Kalau sayang tak cinta pada abang, sayang tak akan benarkan abang dekat pada sayang. Takkan sayang mahu serahkan jiwa raga sayang ni pada abang. Abang suami orang. Abang dah ada empat orang anak. Abang dah tua! Tapi.... cinta sayang pada abang bukan main-main, bang. Sayang sungguh-sungguh berharap agar kita dapat kahwin. Sayang nak bina sebuah rumah tangga dengan abang, nak masak untuk abang, nak jaga abang, nak bagi abang anak...” 

Azhar tersenyum. Seronok mendengar kata-kata memujuk si dia. 

“Emak sayang, Puan Anita tu, macam mana pulak? Sudi ke dia dapat menantu yang boleh dia panggil adik ni?” soalnya cuba berlucu. 

Jamilah mencubit lengan Azhar. Satu jelingan manja diberi. “Mak tu sukakan abang. Dia tak kisahlah!” balasnya. 

Lama mereka hanya berbalas senyum. Azhar sebenarnya sudah ada keputusan. Bagi dirinya, selagi perkahwinan yang bakal berlangsung tidak mengeruhkan hubungan dia dengan isteri pertama, itu sudah bagus. Yang penting, dia tidak perlu keluar belanja ke hapa! Siapa yang hendakkan dia, perempuan itulah kena berusaha lebih sikit untuk mendapatkannya. Tentang Miza? Argh, berani perempuan itu hendak menegah? 

“Abang, abang fikir apa? Duit belanja? Alah, kita separuh-separuhlah!” 

“Sayang, tu lah masalahnya. Nak separuh pun,,, hai, bukan sayang tak tahu. Walaupun gaji Miza banyak, Dia bukan nak bantu abang kat rumah tu. Dia cakap, abang suami jadi abang kena tanggung makan pakai dia dengan anak-anak! Jadi, berapa banyaklah gaji abang yang tinggal, sayang?” Azhar mula masuk jarum. 

“Teruklah bini abang tu! Berkira!” marah Jamilah. 

“Tahu tak pe!” balas Azhar sambil meneguk air kelapa yang di hadapannya. Baginya, dia hanya bohong sunat. Nak selamatkan diri, kan? Dia tidak pernah terfikir apakah perasaan Miza kalau mendengar kata-katanya tadi. Dasar lelaki, kan? 

Akhirnya, Jamilah berjanji akan membuat pinjaman bank dan menyerahkan semua wang itu untuk Azhar menguruskan perkahwinan mereka. Kata-kata yang menyebabkan Azhar senyum sampai ke telinga. 

“Sayang ni baik sangatlah! Sebab tu, abang sayang sangat! Tak sabar nak kahwin dengan sayang. Abang tahu, sayanglah isteri yang akan membahagiakan abang. Sayang, dapat aje duit, kita kahwin, ya!” 

jamilah bukan main seronok lagi. Nak kahwinlah katakan! Dalam kepala, mula teringat pada flyer Bank Rakyat yang dilihatnya pagi tadi. 

“Hmm, kalau aku pinjam RM100, 000, selama 20 tahun, banyak lagi baki gaji aku selepas tolak hutang tu! Okeylah! Esok, aku pergi bank. Dalam seminggu dua, dah boleh dapat duit. Dalam sebulan dah boleh kahwin. Eeii... best nyerr.....

================================

Ulasan

  1. Ya Allah terdesak sgt nmpaknya si Jamilah ni ye.. ape nak jdla..

    BalasPadam
  2. Mak oi, sanggup eh buat pinjaman sebab nak kahwin? Haish, bukan perempuan je materialsitik sekarang ni kan?

    P/s: kak, update tak naiklah lepas tukar url ni. Dah unfollow + refollow pun sama juga.

    BalasPadam
  3. miznza84, bukan terdesak... just stupidity, i think!

    BalasPadam
  4. Hajar, dunia ni lelaki pun sama gak ske ambil kesempatan...
    hajar, ttg update tu, insyaallah.. sehari dua lagi okey tu.. jgn marahhh

    BalasPadam
  5. aduh...
    gramnya ngn llki mcm 2....
    yg ppuan x ada llki lain ke?

    BalasPadam
  6. epy elina, ada tapi dia nampak azhar saja hehe

    BalasPadam
  7. salam, akak boleh terangkn pada saya x,kerja yg diberi tu macam mana..hanya taip saja ka..klu mcm tu saya berminat la..hihi mohon tunjuk ajar

    hilmi2995@yahoo.com

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…