Langkau ke kandungan utama

Orang diabetes pun kena makan jugak, kan?


Assalamualaikum..... 

Diabetes atau kencing manis ialah penyakit berkaitan gula darah. Kali ini, bukan nak cerita fasal penyakit ini sebab memang dah ada entri untuknya sebelum ini. Apa yang aku hendak sentuh ialah berkaitan pemakanan sebab ramai daripada pesakit diabetes sering ditakut2kan dengan kata2...JANGAN MAKAN BENDA MANIS!

Sebenarnya, pesakit diabetes boleh menjamah makanan sama seperti orang-orang yang tak ada diabetes. Maksudnya, pemakanan yang sihat dan seimbang. Cuma, biasalah, dah diabetes itu berkaitan gula, jadi kenalah kurangkan kandungan gula dan lemak (pantang makanan manis), kurangkan juga pengambilan karbohidrat.

Diet yang seimbang dan konsisten setiap hari membantu dalam pengawalan tahap gula dalam darah. 

Piramid makanan hendaklah dipatuhi. 
Dapatkan nasihat pakar pemakanan kerana selain diet seimbang, perlu juga dikaitkan dengan faktor2 seperti berat badan anda, umur anda, pekerjaan anda dan aktiviti yang anda lakukan. Serius tahap manakah penyakit yang anda hidapi juga penting unntuk mengawal apa yang anda makan!

Ubahsuaikan apa yang perlu dan tidak. Misalnya anda dah tahu yang santan itu kaya dengan lemak, tukarkan santan dengan susu rendah lemak. Alah, kalau masak kari, tak bubuh santan pun sedap juga! Macam gulai curry masakan orang India tu!

Cuba kita tengok salah satu diet seharian untuk pesakit diabetes yang aku dapat di sini:

For diabetes, it should take a vital notice to balance the diet to control the blood sugar. You can eat as a normal person but with careful ratio. 
So what to eat? 
How much to eat? 
And when to eat? 
You should consider at all times 
I suggest here One day menu for diabetics 

Jadi, menu ni adalah bertujuan supaya anda makan secara selamat demi kesihatan dan demi aktiviti seharian anda!

Cubalah! Ini schedulenya:-  

- 7 a.m: Bread rolls (one half), soy milk (200ml). 

- 9 a.m: Grapefruit (2 zone). 

- 11 a.m: Rice (an average bowl) scad stewed tomatoes (half the medium scad, 2 tomatoes, no oil, sugar), carrots, fried shallots price (sprout 200g, 40g shallots, 100g carrots , a teaspoon of oil), green dragon fruit (a small part). 

- 3 p.m : soup noodles (two-thirds cup of noodles, 2 tablespoons of crab, 100 g boiled spinach). 

- 6 p.m: Rice (2 / 3 cup rice) Tofu stock sauce (just 150g a piece of tofu) stuffed bitter melon soup (a bitter melon 150g, mushrooms 5g) 

- 9 p.m: Milk for diabetics (200ml).

Hah... macam special je, kan? Jadi, wahai pesakit diabetes, jangan takut nak makan, okey! 

================================

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…