apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

17.12.11

Nazar: Sumpah dan Kaffarah

Assalamualaikum.....


Anda pernah bernazar tak? Misalnya, anda berjanji dengan ALLAH yang anda hendak puasa sehari jika anak anda dapat 5A dalam UPSR? Bila keputusan UPSR keluar dan anak anda dapat 5A, anda puasa. Maka anda telah menunaikan nazar tersebut. 


NAZAR ialah janji atau sumpah untuk berbuat baik. Menurut syarak, nazar ialah mewajibkan diri untuk melakukan sesuatu yang bukan wajib seperti puasa atau sebagainya. 

Nazar yang dibuat wajib ditunaikan apabila berlaku apa yang dijanjikan.

Tapi macam mana kalau anda tak dapat tunaikan nazar tu? Kan.. ada orang dia bernazar yang seakan-akan hendak menyeksa diri. 
Misalnya, 
Kalau dapat benda tu, aku puasa selama sebulan...
Tapi bila dapat tak mampu nak puasa sebulan. Apa alternatifnya?


Bagi mereka yang melanggar nazar atau menarik balik nazar, mereka hendaklah membayar kaffarah (denda) nazar. Ia sama dengan kaffarah sumpah iaitu sama ada: 

(1) memberi makan 10 orang miskin daripada jenis makanan sederhana yang kamu berikan kepada keluarga kamu atau 
(2) memberi mereka pakaian atau 
(3) memerdekakan seorang hamba. 

Sekiranya tidak mampu melakukan salah satu daripadanya, hendaklah berpuasa sebanyak tiga hari sebagai ganti. Ini dijelaskan dalam ayat al-Quran: 
“Kamu tidak dikira salah oleh ALLAH mengenai sumpah-sumpah kamu yang tidak disengajakan, akan tetapi kamu dikira salah oleh-NYA dengan sebab sumpah yang sengaja kamu buat. Dendanya ialah memberi makan 10 orang miskin daripada jenis makanan sederhana yang kamu berikan kepada keluarga kamu atau memberi pakaian untuk mereka atau memerdekakan seorang hamba. Kemudian sesiapa yang tidak dapat, maka hendaklah ia berpuasa tiga hari. Yang demikian itu ialah denda sumpahmu apabila kamu bersumpah. Dan jagalah sumpah kamu. Demikianlah ALLAH menerangkan kepada kamu ayat-ayat-NYA supaya kamu bersyukur.” 
- (al-Quran, Surah al-Ma’idah(5): 89).

SEMOGA KITA IALAH INSANNYA YANG SENTIASA BERSYUKUR

sumber: metro
================================

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.