Langkau ke kandungan utama

Nak cantik mesti bersolek ke?

 

Assalamualaikum..... 

Cuba lihat gambar tu. Penampilan berbeza bagi orang yang sama. Satu tak mekap, satu lagi selepas bersolek. Kita pun macam tu jugak, kan? Hehe...
PENAMPILAN diri adalah perkara paling penting bagi semua orang apatah lagi wanita. Kebanyakan wanita tidak sanggup keluar rumah jika tidak merias wajah, sekurang-kurangnya menyapukan bedak dan pelembap bibir.

Gaya solekan pula seharusnya berbeza mengikut acara, tetapi ramai yang tidak tahu mengenainya. Gaya solekan inilah yang membuatkan seseorang wanita tampil menarik, segar dan anggun tidak kira berapa pun usia mereka. Solekan juga boleh membuatkan seseorang wanita memiliki mata yang galak, bibir mungil, kulit wajah halus dan sekata. Bukan itu saja, bentuk muka yang lebar atau bulat boleh dikecilkan dan hidung juga akan kelihatan mancung jika bijak menggunakan alat solekan yang ada. 

Kebijaksanaan untuk mencampurkan warna pembayang mata atau pemerah pipi misalnya juga mampu menjadikan wajah tampak lebih cantik dan sempurna.

 

Apakah langkah2 untuk bersolek ya?

1. Cuci muka

Basuh tangan terlebih dahulu sebersih-bersihnya kemudian ikut arahan yang terdapat pada jenis pencuci muka yang anda gunakan itu.

a. Untuk pencuci muka jenis berbuih 
- buihkan dengan campuran air yang secukupnya. 

b. untuk pencuci jenis cream 
- terus letakkan 5 dot pada wajah iaitu di bahagian pipi, hidung, dagu dan dahi.

Cuci pipi lepas tu hidung lepas tu dahi baru sekeliling muka selama 5 minit

Bilaslah sampai bersih.

Manjakan wajah anda dengan skrub dan masker yang sesuai dengan kulit anda 2 kali seminggu.

Teknik Bersolek

1 Buatlah apa yang patut di bahagian kening. Jangan cukur sudah!

2. Solekan wajah bermula dengan mata. Untuk mendapatkan gaya mata menawan gunakan warna-warna seperti beige atau putih untuk disapu pada seluruh bahagian kelopak mata. Ia juga boleh digunakan sebagai asas untuk memastikan solekan kekal lama. Langkah itu diikuti dengan sapuan warna yang lebih gelap di bahagian hujung mata. Kemudian ‘tajamkan’ penampilan mata dengan celak.

3. Sapu blusher kat pipi. Agak2lah, k! Untuk penampilan yang lebih tenang, pilih pemerah pipi jenis ‘shimmer’.

“Memakai pemerah pipi harus dengan berus dan ditekan-tekan ke wajah beberapa kali. Jangan sapukan, kerana ia akan membuatkan bedak dan bedak asas hilang,”katanya.

4. Gunakan penggaris bibir untuk membentuk garisan luar bibir bermula dari garis luar ke arah lekuk bibir di bahagian atas. Gunakan gincu berwarna lembut untuk penampilan yang kelihatan sopan dan anggun tetapi guna warna terang untuk penampilan yang menyerlah.

sumber: harian meto, cantik dan teknik bersolek

================================


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…