apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

3.12.11

Musa Hassan cakap, dia bukan suami Syella!


Assalamualaikum..... 


Semuanya hanya fitnah. Dia bukan suami Syella Kamaruddin. Gambar-gambar yang ditunjukkan di blog-blog hiburan sebelum ini bukan dirinya. Itulah apa yang dikatakan oleh Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Baguslah kalau begitu. Umur pun dah 60 tahun, tua dah! Toksah dok fikir bab kahwinlah, ya. Cukuplah dengan isteri yang ada, Puan Sri Juriah Ahmad.
Menurut Musa, apa yang disiarkan dalam beberapa laman blog termasuk dakwaan beliau membelanjakan sejumlah RM15 juta untuk majlis perkahwinan itu sama sekali tidak mempunyai kaitan dengan dirinya.
"Itu bukan saya. Saya tidak terlibat dalam perkahwinan itu dan untuk makluman semua, saya masih mempunyai seorang sahaja isteri iaitu Puan Sri Juriah Ahmad. Janganlah ada yang cuba hendak fitnah saya. Jika betullah, majlis itu menelan belanja RM15 juta, saya pun hendak punya wang sebanyak itu. Cuma saya kasihan dengan pasangan pengantin itu (Syella dan suaminya) kerana mereka yang berkahwin, saya pula yang dapat nama," 
Semua orang tahu tentang perkahwinan rahsia itu yang menelan belanja RM15 juta. Tak tahu macam mana boleh heboh kata Musa Hassan ialah pengantin lelakinya. Kata si isteri... suaminya adalah rahsia!


Itulah fasal! ALLAH suruh hebahkan pernikahan untuk mengelak fitnah tetapi di akhir zaman ini, perkahwinan meenimbulkan fitnah! Di mana Islam diletakkan? Haih!


sumber: dia bukan

================================

2 ulasan:

  1. semuanya syella bukan pasal..ish3 =='

    BalasPadam
  2. Dian Hazwani. kita yg menulis kena bg yg betul, jgn emo hehe

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.