apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

20.12.11

Minyak masak tak cukup weh... nak naik harga lagi la tu?? erk!

 

Assalamualaikum..... 

Borang nak terima atau tidak ke SBPA baru sign tadi tapi ni, di kedah, dah ada masalah barang runcit! 

Masalah kekurangan bekalan minyak masak datang balik! Sejak sebulan masalah ni dikesan! Tinjauan Bernama di beberapa kedai runcit sekitar Alor Setar mendapati pekedai terpaksa menjual hanya satu atau dua kilogram sahaja kepada setiap pelanggan bagi memastikan bekalan minyak tidak terputus.

Apa tandanya tu? Semua orang pun tahu! Tak lain, nak naik hargalah jawabnya! Gaji baharu, bulan 2 baru nak dapat (paling awalpun bagi kakitangan awam yang menerima SBPA) tapi nampaknya, minyak dah disorok?? 

Pengarah Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Mohd Sakri Saleh berkata masalah kekurangan bekalan itu disebabkan penggunaan yang terlalu banyak untuk majlis perkahwinan pada musim cuti sekolah. Hai... kenyataan ni macam nak sokong bagi naik harga jekk...

"Pengguna tak perlu bimbang kerana dijangka bekalan minyak masak akan kembali normal di pasaran awal Januari tahun depan," katanya. So, kita tunggu dan lihat!

Mohd Sakri berkata pihaknya turut menjalankan operasi bersepadu bagi membanteras penyeludupan minyak masak bersubsidi ke negara jiran bagi mengelak berlaku kekurangan bekalan di negara ini. - BERNAMA

sumber: mstar

================================

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.