apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

19.12.11

Mereka yang terakhir...??

Assalamualaikum.....
Selepas sembilan tahun, semalam tamatlah penguasaan tentera Amerika di Iraq. Barisan terakhirnya sudahpun meninggalkan negara itu menuju ke Kuwait. Inilah gambar mereka...
Apakah agaknya perasaan askar-asakar Amerika ini? Sukakah? Gembirakah? Atau masih belum puas berada di Iraq? Hmm??
"Saya berasa seronok, sungguh seronok kerana dapat keluar dari Iraq. Tahun ini terasa amat panjang buat saya, kini tiba masanya untuk pulang,"
- kata Sarjan Duane Austin selepas keluar dari kenderaan tentera yang membawanya ke Kuwait.

Kumpulan kenderaan terakhir yang membawa tentera AS meninggalkan Pangkalan Imam Ali di pinggir bandar Nasiriyah pada pukul 2.30 pagi waktu tempatan untuk memulakan perjalanan sejauh 350 kilometer ke sempadan Kuwait yang memakan masa lima jam. Kumpulan tersebut bergerak melalui beberapa laluan terpencil bagi memastikan mereka tidak menjadi sasaran serangan hendap.
Pada masa sekarang, cuma 157 askar AS masih kekal di Iraq bagi membantu melatih pasukan keselamatan negara itu. Iraq kini memiliki pasukan keselamatan dengan kekuatan 900,000 anggota. Ramai penganalisis percaya bilangan tersebut mencukupi untuk pemerintah mengekalkan ketenteraman awam dan mempertahankan perbatasan negara daripada pencerobohan asing. - Agensi.

Anda hendak tahu banyak lagi dan lebih terperinci? Sini...

================================

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.