apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

27.12.11

Meletups di tahun 2011


Assalamualaikum...

Tahun 2011 dah nak habis dah. Tentu banyak perkara suka duka yang menusuk ingatan. Ewah! Dalam hidup kita, kita simpan ajelah, kan? Tak payah kasi orang tahu... Tapi, yang ni, di bawah ni, ada 5 perkara-perkara terpopular dan gempak sepanjang tahun ini. Layannzzz....

1. Kontroversi Nasi Lemak 2.0

Filem ni kena hentam teruk dengan akhbar tempatan milik kerajaan. Ia diarahkan oleh Namewee, jadi tak hairanlah, kan? Nasi Lemak 2.0, sebuah filem tentang pertandingan memasak nasi lemak terbaik. Tapi, di sebalik  tajuk sempoi tu, yang tersirat ialah ia menceritakan tentang jatidiri bangsa Malaysia. Orang biasa mengatakan ia filem yang baik tapi orang2 dari golongan ekstrimis politik telah menuntut filem ini diharamkan. 

Aku taklah suka si Namewee ni (sebab dia ni suka maki hamun orang yang tak suka cara dia, di Youtube) tapi, kagum gak lah dengan cerita dia ni. Hmm...

Filem ini laris di pawagam seluruh Malaysia dan Singapura. Ia turut ditayangkan kepada pelajar Malaysia di Melbourne, Australia sempena Hari Kebangsaan dan di Golden Horse Film Festival, Taipei. Antara pelakon; Afdlin Shauki, Datuk David Arumugam dan Adibah Noor dan khabarnya Nasi lemak 2.0 ni berjaya mengutip lebih RM 7juta di pawagam. 

2. Juvana Popularkan Johan As’ari


Antara drama terbaik pernah dihasilan oleh penerbitan TV3 ialah Juvana yang berlatarkan pesalah juvana. Ia perkenalkan dan melonjakkan nama salah seorang pelakon utamanya, Johan As’ari, si Botak. Menarik tentang Juvana ialah penonton didedahkan kepada kehidupan pesalah juvana. Jarang sangat kita didedahkan kepada watak2 sebegini, kan?  

3 Khairul Fahmi Che Mat

Apex ni memang hero lah! Kat padang bola di Indonesia hari tu. So semua orang tahu. Semua orang suka. Best. Memang kagum tengok dia. Dah nampak macam Van de Sar pulak dengan baju hijau kan? 

Tapi, dalam kehidupan, memang kesian. Macam2 cerita dan gosip timbul. Hmm, tu lah... dahlah hebat, hensem, maka banyaklah peminat perempuan berebut hehe...

Jangan Apex keliru, dah...

4 Ombak Rindu


Tak payah cerita banyaklah... meletups. ..hehe

5. Fenomena Aaron Aziz

Hero baru idaman Malaysia! (dalam Carta 'Hall of Fame') tulis cenggini! 

Orang Singapura yang mahu jadi penduduk tetap di Malaysia. Welcome! Tahun 2011 boleh dikatakan tahun Aaron Aziz! Filem lakonannya, KL Gangster mengutip kutipan pawagam sebanyak RM11.75 juta sekaligus memegang takhta filem paling laris di Malaysia buat masa ini. Drama lakonannya, Nora Elena pula berjaya meledakkan rating tertinggi di TV3, termasuk tontonan di portal Tonton. Dialah juga Karim dalam teater Badai Semalam di Panggung Sari, Istana Budaya, teater yang kini memegang rekod penonton teater paling ramai dalam sesebuah produksi. Dan... dialah Hariz, hero Ombak Rindu. Apa lagi?  Cukuplah... 


 Terima kasih atas kunjungan anda. Sila like fan page kak sofi dan jemputlah follow blog ni, ya. :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.