apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

2.12.11

Manusia semakin gila...

Assalamualaikum..... 

Gambar hiasan
Apa sudah jadi? Waraskah atau sudah hilang akal? Ataukah, manusia semakin gila? 

Sekolah adalah satu institusi yang suci, tempat menuntut segala ilmu yang bermanfaat. Ilmu agama, matematik dan sains. Termasuklah juga bahasa dan kemanusiaan. Tapi, lain pula ceritanya di Vienna, Austria. 

Seorang wanita Sweden membuka sekolah seks antarabangsa pertama di dunia dengan menawarkan ilmu menjadi kekasih yang lebih baik. Sekolah antara bangsa tu! Maknanya, kalau anda, orang Malaysia nak hantar anak atau adik,  pergi belajar seks ke sana, pun boleh! Uwaa....

Dengan kos kira-kira RM6,900 untuk satu semester, Sekolah Seks Antarabangsa Austria di Vienna itu menerima penuntut yang berminat mengetahui selok-belok menjadi kekasih yang memuaskan pasangan.

Media semalam melaporkan, Ylva-Maria Thompson menawarkan ilmu menggoda secara praktikal kepada sesiapa yang berminat. Menurutnya, sesiapa saja yang berusia lebih 16 tahun layak menyertai ‘kolej seksual amali pertama di dunia’ itu.

“Penuntut akan tinggal dalam blok penginapan yang bercampur lelaki dan perempuan bagi membolehkan segala ilmu yang dipelajari dicuba,” katanya.

Menurut Ylva-Maria, pendidikan asas yang diberikan bukan berbentuk teori, sebaliknya praktikal. - DM

ALLAH beri akal kepada manusia, akhirnya, manusia seperti ini berubah menjadi haiwan yang bukan sahaja menjerumuskan dirinya tetapi manusia-manusia-bodoh dan gila yang lain ke lembah yang hina dan dilaknatiNYA! Mungkin ada yang kata...

Lantaklah..dia kan orang kafir? 

Memang betul! Tapi bukankah semua agama di dunia tidak pernah mengajar penganutnya membuat perkara-perkara gila seperti ini? 

Sekolah praktikal seks, konon? Hello, seks ni semula jadi. Tak ajar pun orang tahu. Hmm...

================================

2 ulasan:

  1. itu la pasal
    kalau perkara yang kita rasa xmungkin berlaku tetapi skrg ia berlaku dengan begitu berleluasa sekali

    BalasPadam
  2. Hans, tak tercapai dek akal, kan?

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.