Langkau ke kandungan utama

Mainan ini boleh membunuh!

Assalamualaikum.....



Anak-anak lelaki memang suka main tembak-tembak. Kita dulu pun macam tu jugak, kan? Tapi, orang dulu2 kreatif. Anak nak main pistol, bapak tolong buatkan pistol daripada kayu, kan? Tapi, bapak zaman moden ni nak senang. Anak nak pistol, beli pistol mainan. Masalahnya, pistol mainan ni direka sehinggakan menyerupai pistol betul. Tengoklah gambar kat atas tu!


Tahu tak yang pistol mainan ni murah2 aje? Harga serendah RM6 tapi sangat2 bahaya! Kenapa bahaya? Sebab peluru dia boleh keluar dengan laju bila ditembak!
air soft gun
Penjualan secara berleluasa pistol mainan itu adalah perkara serius yang perlu diberi perhatian oleh pihak berwajib.
- Naib Presiden Persatuan Pengguna Perak (PCA), Paul Raj.

air sport gun

Katanya lagi, 

Pistol mainan jenis ‘Air Soft Gun’ dan ‘Air Sport Gun’ dengan satu daripadanya bergred tinggi versi ‘Hop Up’ perlu dilarang penjualannya kerana berbahaya.
"Saya hairan bagaimana pistol mainan yang berbahaya ini boleh dijual secara berleluasa kerana kelajuan tembakan peluru getah dan ketepatannya boleh mendatangkan kecederaan serius. Peluru pistol tiruan ini amat laju dan boleh mencederakan manusia apatah lagi jika ditembak dari jarak dekat dan buktinya cermin boleh pecah jika terkena tembakannya."
Bayangkan, anda berdiri di sebelah anak anda, dia acu pistol tu, lepaskan tembakan. kena mata ke? Buta pun boleh, kan?
“Risiko berlaku kecederaan lebih tinggi jika ia digunakan oleh kanak-kanak. Justeru, PCA mendesak tindakan segera diambil dan jangan bersikap tunggu berlaku kecederaan atau kematian akibat terkena tembakan pistol mainan ini baru mahu bertindak,” 
Menurutnya, sebelum ini seorang remaja, Muhammad Asyraff Ilyas, 15, yang cedera di mata kiri selepas terkena peluru pistol mainan seumpama itu yang dilepaskan secara tidak sengaja oleh adiknya di Kuantan, 23 November lalu.

Kejadian itu menyebabkan mangsa hampir buta mata kiri selain mengalami pendarahan dalaman mata sebelum dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan.

Beliau berkata, terdapat pelbagai model senjata api tiruan ini yang dijual berleluasa sama ada di kedai runcit, stesen minyak dan pasar malam.
“Ia adalah satu kesalahan mengikut Akta Senjata Api 1960 di bawah beberapa peruntukan akta itu,” 


================================

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…