apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

13.12.11

Lepas sekali menggoreng, minyak masak mesti dibuang. Ada faham?

Assalamualaikum..... 


Ada satu amaran untuk kita, kaum wanita yang rajin memasak ni. Amaran ni bukan datang darpada orang biasa-biasa, okey! Amaran ni datang daripada Pakar runding Pusat Racun Negara, Dr T.Jayabalan. Katanya, minyak masak yang digunakan berulang kali boleh menyebabkan hipertensi, merosakkan hati dan meningkatkan risiko kanser jadi minyak masak tidak sepatutnya digunakan lebih dari sekali.

"Apabila digunakan berulang kali, tahap kelikatan hidrokarbon di dalam minyak masak meningkat dan menyebabkan salur arteri tersumbat, hipertensi dan merosakkan hati. Kebanyakan pengguna tidak membuang minyak yang telah digunakan. Mereka menyimpannya di dalam bekas untuk digunakan sekali lagi sebelum dibuang." katanya ketika dihubungi The Star.

Ketua Pegawai Eksekutif  Pertubuhan Kajian dan Pembangunan Kualiti Makanan Universiti Kebangsaan Malaysia, Unipeq Sdn Bhd, Dr Siti Noor Baiyah Abdul Malek.cakap, pertubuhan ni dah jalankan ujian ke atas 19 jenama minyak masak. Katanya, 

Orang ramai mesti berhati-hati apabila menggunakan minyak masak dalam bungkusan 1 kilogram. Berdasarkan piawaian yang ditetapkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia, minyak masak itu tidak sihat. 


sumber: minyak masak
================================

6 ulasan:

  1. erm..
    nice info..
    selalu mmg x buang pn minyak masak tu..

    BalasPadam
  2. aduh cikgu sofi...
    kalau macam tu, memang bertambah-tambahlah bajet setiap bulan...

    BalasPadam
  3. hana, bajet akan bertambah di dapur hehe...

    BalasPadam
  4. wah...dah tak boleh menggoreng sangat lepas nie..
    wahai en. suami dan anak2...sila makan yang rebus-rebus lepas nie yer...

    BalasPadam
  5. mim, baguslah tu... diet yg sihat hehe...

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.