apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

16.12.11

Lelaki: Mengapa sikapnya begini?


Assalamualaikum..... 

Dalam hidup kita ni ada berbagai ragam kisah. Suka, duka, lawak, sedih...macam-macam! Kali ni aku nak masuk kisah-kisah suami saja. Kisah suami di sana sini untuk kita cuba memahami lelaki. Bukan menilai, ya.. hanya memahami!


Seorang lelaki yang mencuri 860 seluar dalam wanita di ampaian, selama dua tahun, Geoffrey Wilde, 48, bapa lima anak, dijatuhi hukuman tidak boleh keluar waktu malam selama enam bulan kerana kesalahan itu.
(Kes psiko ni...kat oversea )


Di Wangsa Maju, seorang suami pukul seorang agen insurans dalam sebuah pasar raya. Kenapa? Sebab dia tengok dan rasa cemburu bila lelaki tu yang berusia 24 tahun menyapa bini dia yang tengah shopping. 
(peringatan untuk agen insurans - jangan jual pada isteri tapi juallah pada suaminya, huhu..)


Seorang lelaki Bangladesh yang bekerja di UAE terkejut bila balik ke Dhaka dia tengok wife dia masuk kolej. So dia rasa cemburu sebab wife dia lebih pandai dari dia. Untuk stop wife tu dari belajar, dia tutup mulut wifenya dengan pita sebelum memotong lima jari tangan kanannya.
“Dia berang kerana tidak suka isterinya belajar di kolej. Dia cemburu kerana dia hanya lulus sekolah menengah sementara isterinya melanjutkan pelajaran di kolej,” 
- kata Ketua Polis, Mohammad Salauddin.
(lain kali cari bini yg x reti baca!)


Seorang suami memfailkan permohonan nusyuz dan perintah kembali taat atas isteri dia sebab isteri x layan dia selayaknya sebagai seorang suami kerana isteri ni dah ketagih merokok, ketagih judi, ketagih chat, ketagih segala macam benda berkaitan internet hmm..
(kesian pada kedua-duanya!)


Seorang lelaki berusia 54 tahun dan anaknya berusia 25 tahun pukul seorang lelaki lain yang disyaki ada affair dengan bini lelaki berumur 54 tahun itu. Malangnya, lelaki itu meninggal dunia dan pasangan anak beranak tu sekarang dah bergelar pembunuh. 
(Akal ada sembilan tapi mana perginya? Ikut nafsu yang satu... haih!)

Banyak lagi kalau hendak diceritakan tapi lain kali. Cukuplah sekadar kita baca betapa di seluruh dunia, wanita berdepan dengan pelbagai karektor gila insan bernama lelaki. 

Erkk... tanya sikit! Si dia kat sebelah tu, okey ke? hehe...

===============================

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.