Langkau ke kandungan utama

Lebih baik samun juta2 daripada samun RM20???

Assalamualaikum...


Baca screenshot ini sebelum anda teruskan membaca n3 aku kali ini....


Memang tersentuh baca kisah lelaki ini. Demi anak sanggup menyamun, ya? Membaca luahan di atas itu, memang buat kelopak mataku basah. Kasihan! Tapi, lain kali dia kena ingatlah... guna akal dan otak yang ALLAH dah beri. Tak ada duit bukan bererti anda boleh membahayakan nyawa orang lain....

Aku tak fahamlah! Lelaki ini baru 32 tahun umur dia? Tak kerja ke? Orang Indonesia baya2 dia ni tu membanting tulang empat kerat membina rumah2 kat belakang rumah aku tu! Cari duit, bekerja dan datang ke Malaysia, semata2 nak dapat sesuap nasi! Dia? Takkan tak larat sangat kut?

Maaf, kalau ada yang tersinggung. 

Di mana simpati aku? Siapa cakap aku tak simpati? Aku pun macam anda juga merasakan bahawa hukuman dunia yang dia terima daripada Mahkamah Sesyen tu langsung tak setimpal dengan jenayah yang dilakukannya. Langsung TAK SETIMPAL! Ya!!! 

Anda boleh katakan apa sahaja. Ini dah termaktub dalam undang2? Ini memang patut dia dapat? Tapi, fahamilah, ini hukuman manusia, yang boleh berubah2.  

Tapi, kalau hukum hudud, kena potong tangan ke? Aku tak fikir begitu! Islam itu adil dan tentu ada pertimbangan2 untuk lelaki ini. Dia terdesak! Dia terpaksa! 

Tapi kalau dengan undang2 manusia yang didapati dari....

3 tahun penjara! 

Untuk seorang yang SUDAH MENGAKU SALAH! Dia bukan tak mengaku! Dia sudah mengaku salah! Tapi, masih kena penjara 36 bulan. 

Yang ni yang aku geram sangat! Bak kata encik suami... 
Yang merompak wang rakyat lagi hina daripada dari si mamat ini! Ada kesempatan mesti balun punya walaupun sudah ada duit berjuta-juta. Dari segi sistem keadilan di negara ini memang tidak pernah adil. Yang kaya dikenakan hukuman yang tidak setimpal dengan perbuatannya. Kalau di negara Kominis China, Khir Toyo ni sudah lama kena bedil dengan pemerintah. Sudah banyak Jeneral tentera dan pegawai kerajaan dikenakan hukum mati sebab rasuah. 
Dah baca fasal Khir Toyo? Kalau belum bukak sini!


Kata encik suami lagi:
Yang rompak berjuta-juta hanya dikena 12 bulan manakala yang merompak RM20 kena sampai 36 bulan. MEMANG TIDAK ADIL !!!! 
Apalah salahnya jika lelaki ini didenda sahaja? Memenjarakan seseorang walaupun sehari, akan menggelapkan masa hadapannya. Bantu dia, carikan dia kerja.... bukankah itu lebih baik? 

Terima kasih atas kunjungan anda. Sila like fan page kak sofi dan jemputlah follow blog ni, ya. :)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…