apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

3.12.11

Lapor cepat-cepat kalau anda dirogol!

Assalamualaikum.....
Pernahkah anda berfikir begini? 
Anda dirogol oleh seorang lelaki yang anda kenali ketika dia menceroboh masuk ke rumah anda. Waktu itu anda sendirian. Anda ketakutan. Tidak berani hendak membuka mulut bimbang ibu dan ayah malu. Tapi, 4 bulan kemudian, anda muntah-muntah dan tentunya semua orang mengesyaki anda hamil. Maka, anda pun bercerita tentang nasib anda. Anda kemudian dibawa untuk melaporkan kes di balai polis.
Apa yang terjadi? 
Bukan simpati yang anda terima malah, anda dihadapkan dengan tuduhan yang anda bukan diperkosa! Tetapi anda sudah melakukan zina! Sabit kesalahan dan anda dimasukkan ke dalam penjara! Doom!
Itulah nasib gadis bernama Gulnaz. 
Kisah dukanya diselongkar oleh CNN. 
Dia memberitahu, 
"Saya dipenjara selama dua tahun. Saya melahirkan anak di dalam penjara. Ramai yang menyuruh saya buang atau berikan saja bayi ini kepada orang lain tapi kata ibu, saya mesti pelihara anak ini sebagai menunjuk bukti yang saya tidak bersalah."
Dia dirogol tetapi kerana tidak membuat laporan polis sebaik selepas kejadian, rogol menjadi zina, dan dia dipenjarakan selama dua tahun sehinggalah beberapa hari yang lepas, Presiden Afghanistan, Hamid Karzai bersetuju menarik balik hukuman penjara yang sepatutnya selama 13 tahun menjadi dua, dengan syarat, dia mesti kahwin dengan lelaki yang merogolnya sebaik dia keluar daripada penjara! Gila! 
Tentu ada sedikit kesalan! Kalaulah dia terus mengadu sebaik selepas dirogol, tentu nasibnya berbeza!
Moral of the story, Lapor cepat-cepat kalau anda dirogol. Jika tidak, hukumannya... jadi macam nasib Gulnazlah!
Membaca kisah duka Gulnaz di sini dan sini, buat aku bersyukur dilahirkan di bumi Malaysia. Afghanistan... Islamkah bila menghina wanita seperti itu? Mangsa rogol dipenjarakan! Nasib baik, lelaki itu juga dimasukkan ke dalam penjara. Kalau tidak...
Yang aku tak faham, kenapa Gulnaz dipaksa kahwin dengan lelaki jahat itu? Bolehkah bahagia? Tapi, ada sesuatu yang menjentik hati!
Namun ia menilai, dirinya masih beruntung kerana mendapatkan kesempatan kedua. Banyak perempuan dalam posisi sepertinya telah dibunuh di Afganistan kerana insiden seperti itu membuat malu keluarga atau masyarakat.
Inilah baru dikatakan malang. Baru dikatakan kes rogol. 
Kalau anda naik motor boyfriend anda, ikut ke mana sahaja dia ajak, kemudian tidur bersama dan dia hantar anda balik rumah. Anda masih boleh senyum.... itu bukan rogol. Itu cari penyakit namanya. 
Ambillah iktibar!
================================

2 ulasan:

  1. kalau penulis novel (kak sofi?) mungkin boleh cipta twist plot lelaki itu insaf dan berbahagia bersama Gulnaz...sebagaimana watak seth yg "setan" pun boleh dimaafkan oleh pembaca dan meen zulaikha buat ramai pembaca tergila2 lelaki mcm tu kan??

    saya ni dah terlampau byk baca novel la ^^

    BalasPadam
  2. nim, tp kak sofi x minat lelaki yg begitu..ops...

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.