Langkau ke kandungan utama

Lagi Ombak Rindu..haih!

Assalamualaikum..... 




Kenapa dah macam isu besar pulak nih? Main tuduh2 pulak! Marah2! Haih! Nak tahu? Semalam FA cakap dalam satu kenyataan: Sedikit petikannya...

"Bayaran yang diterima cukup-cukup untuk tambang pergi dan balik dari Johor ke Kuala Lumpur dek kerana sokongan padu untuk filem Ombak Rindu. Tiada apa yang tinggal. Tiada sesen pun untuk saya kalau nak diikutkan bayaran yang diterima. Tetapi perjanjian telah dibuat, sepatutnya pihak bertanggungjawab lebih prihatin tentang isu ini kerana apa yang diolah dari Ombak Rindu, hampir kesemuanya adalah idea asal saya. Termasuk bait ayat yang disampaikan oleh Lisa Surihani, 
Redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah. 
Itu juga merupakan ayat yang ada di novel." 
- Fauziah Ashari.

Katanya lagi...

"Nasihat sebagai penulis selepas ini kepada organisasi yang telus dalam menguruskan kewangan, adalah untuk adil dan saksama untuk kepentingan menjaga hak masing-masing. Apa jua yang ingin dilakukan yang melibatkan hasil ciptaan pihak lain, perlu dibincang dari akar umbi." 

Fauziah juga mengambil contoh penerbit barat yang mengangkat martabat penulis setanding dengan nama besar yang lain. Ini yang perlu kita contohi.

Ya tak ya, kan? Kalau JK Rowlings boleh kaya, penulis Malaysia tak boleh ke? Hmm.....

Tapi, dalam kosmo hari ini, ada pihak balas balik cakap Fauziah tu, huhu... Baca ni!

Syarikat penerbitan Alaf 21 Sdn. Bhd. menafikan sekeras-kerasnya dakwaan mengenai pembayaran royalti yang tidak setimpal kepada penulis novel Ombak Rindu iaitu Fauziah Ashari.
Semenjak novel tersebut diterbitkan pada 2002, pihak Alaf21 sudah membayar royalti sebanyak RM219,000 kepada penulis tersebut setelah terjual sebanyak 160,000 naskhah. Saya sendiri tidak tahu kenapa Fauziah sanggup membuat kenyataan yang sebegitu kerana kami sudah pun membuat bayaran yang sewajarnya. Malah, kejayaan Ombak Rindu di pawagam sebenarnya turut memberikan keuntungan kepada dirinya. Lagipun dia harus faham ketika menandatangani kontrak dahulu, sudah termaktub dalam perjanjian bahawa penerbit berhak untuk menguruskan novel tersebut termasuklah percetakan, promosi serta keputusan untuk mengadaptasikannya kepada filem atau drama,” 
- Pengarah Urusannya, Datuk Husamuddin Yaacob

Siapa yang salah faham dengan siapa, ek? Pada aku, Fauziah mengata penerbit filem, bukan Alaf21. Tapi kenapa Alaf 21 terasa? Ada sesiapa boleh jawab?




================================

Ulasan

  1. macam-macam cerita eh tentang ombak rindu ni? apa pun saya tetap bersimpati kepada penulis. sebab kalau bukan sebab buku dia, filem ni takkan terhasil dan dengarnya dah sampai tahap box office. tapi hak penulis seolah-olah dinafikan.

    paling tak enak, saya dengar ombak rindu akan dibuat sequel tapi takkan ikut jalan cerita asal dalam novel. pelik kan?

    BalasPadam
  2. Hajar, biarlah... nk wat camne... duit depa!

    BalasPadam
  3. adakah sebab pihak alaf21 juga mendapat keuntungannya?
    novel ombak rindu memamg best...sejak membaca novel itu la saya mula meminati novel melayu...kalau tak silap, novel ombak rindu memang ada sequelnya..tapi dah tak ingat...dulu2 baca buku pinjam je...sekarang je boleh nak beli novel buat koleksi ^_^

    BalasPadam
  4. Nurul.Liyana, ada beli novel kak sofi tak tu? hehe...

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…