apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

21.12.11

Lagi kemalangan di Tamparuli

Assalamualaikum.....

Tengok dulu beberapa gambar kemalangan di tamparuli. moga kita dapat jadikan iktibar. 




Ini kata salah seorang penumpang...
“Saya terhidu bau hangit seperti getah terbakar ketika bas menuruni bukit beberapa detik sebelum kemalangan,” 
- Mohd Nazirul Mubin, 21, penumpang bas yang terselamat dalam nahas ngeri mengorbankan enam pelancong warga Brunei, di sini, semalam.

Kejadian pada jam 3 petang di Kilometer 8.9 Jalan Ranau-Tamparuli itu mengakibatkan bas terbabit yang dinaiki 33 penumpang menggelongsor di atas jalan sebelum merempuh dan ‘melekat’ di sebatang pokok hingga sebahagian besar bumbung kenderaan terkopak.

Wartawan Harian Metro yang tiba di tempat kejadian mendapati keadaan amat menyayat hati apabila mangsa yang terbunuh dan parah bergelimpangan, selain suara mengerang kesakitan jelas kedengaran. 

Mohd Nazirul berkata, sebelum kemalangan bas yang membawa 22 penumpang perempuan dan 11 lelaki itu cuba memintas tiga kenderaan termasuk dua lori.

NGERI...keadaan bas pelancong dari Brunei yang hilang kawalan dan terbalik sebelum merempuh pokok, semalam. Gambar kecil, Abd Manan.

================================

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.