apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

23.12.11

Khir Toyo bersalah...

Assalamualaikum,

Aku tulis ni bukan sebab aku minat politik, ya! Tapi lebih kepada hendak berkongsi dan mengingatkan anda dan aku juga bahawa, bila ALLAH menghendaki, yang salah tetap akan keluar juga perbuatan buruknya itu! Jadi, ingatlah MATI!


Lebih enam jam yang lalu mahkamah tinggi Shah Alam menjatuhi hukuman penjara 12 bulan dan harta dirampas. Siapakah si pesalah? Yang masih mampu tersenyum dalam gambar di bawah ini....


Ya, Dr Mohamed Khir Toyo sudah disabitkan kesalahannya. Kata Hakim:
“Pihak pembelaan gagal membuktikan bahawa Khir Toyo ni tak buat semua yang telah dituduh ke atas dirinya. (The defence failed to raise reasonable doubt in the prosecution’s case)  
Tapi, Hakim Mohtarudin cakap, Khir Toyo masih boleh buat rayuan dalam tempoh 14 hari. Hmm...

Apq dia buat?

Dia dan isterinya didakwa secara tak sah memiliki 2 lot tanah dan sebuah rumah di  No. 8 and 10, Jalan Suasa 7/1L, Shah Alam, dengan bantuan Pengarah Syarikat Ditamas Sdn Bhd. Harga hartanah tu semua RM3.5 million. Wow! Patut ramai nak jadi ahli politik, kan...Kaya! Kaya! Di dunialah!!!

Jangan lupa, mati bawak kain putih je... amal.... dan iringan doa anak yang soleh. Kan? 

rujukan sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.