Langkau ke kandungan utama

KAU tempatku meminta...





Assalamualaikum..... 

Lirik lagu afgan ini selalu benar bermain di benakku....
ku menatap dalam kelamtiada yang bisa ku lihatselain hanya nama-Mu Ya Allah.....
Selalunya kita hanya akan mencari ALLAH bila kita dalam kelam, maksudnya bila kita runsing dan susah hati. Kita mengingatiNYA dan dekat kepadaNYA hanya bila fikiran dan perasaan sedang kusut masai dan sesak dengan pelbagai perkara. 

Andai kita senang? Kita terlupa... kita lalai daripada mengingatiNYA....
kau tempatku meminta
kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hamba-Mu yang slalu bertakwa
Tapi tahukah kita bahawa sebenarnya, memang hanya DIA tempat kita meminta? Kerana hanya DIA yang Maha Berkuasa? Ya, kita meminta kepada ALLAH, ALLAH yang Maha Kuasa! 

DARI Abi Zar r.a, Nabi S.A.W bersabda dalam satu (Hadith Qudsi): 
"Firman ALLAH Taala: 
Wahai hamba-hambaKU, AKU telah haramkan ke atas diriKU kezaliman dan AKU jadikan kezaliman itu juga haram ke atas kamu semua maka janganlah berlaku zalim sesama sendiri.
"Wahai hamba-hambaKU, semua kamu adalah sesat kecuali orang-orang yang mendapat petunjukKU, maka mintalah hidayah daripadaKU, nescaya akan AKU berikan.
"Wahai hamba-hambaKU, semua kamu adalah dalam kelaparan kecuali orang yang mendapat makanan daripadaKU, maka mintalah daripadaKU nescaya AKU berikan kepadamu.
"Wahai hamba-hambaKU, semua kamu adalah tidak berpakaian kecuali orang yang AKU berikan kepadanya pakaian, maka mintalah daripadaKU nescaya akan AKU berikan.
"Wahai hamba-hambaKU, kamu semua melakukan salah dan silap setiap masa dan AKU adalah pengampun dosa-dosa, maka pohonlah keampunan daripadaKU nescaya AKU akan ampunkan..."
Riwayat Muslim
Huraian Hadith:

Status manusia adalah sebagai hamba Allah dan khalifah di muka bumi ini. Untuk itu, manusia dilengkapkan dengan kesedaran moral yang harus selalu dikawal, jika tidak ingin terjatuh ke dalam kedudukan yang rendah. Dengan demikian, dalam kehidupan manusia sebagai ciptaan Allah, terdapat dua pola hubungan iaitu pola yang didasarkan pada kedudukan manusia sebagai 
1. Khalifah Allah 
2. Hamba Allah.

Kedua pola ini harus dijalani secara seimbang, lurus dan teguh dan tidak hanya mengambil yang satu dan mengabaikan yang lain.


================================

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…