apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

23.12.11

Jumlah tenaga kerja berkemahiran tinggi di Malaysia hanya 28%. Mengapa?

 
Assalamualaikum..... 

Jumlah tenaga kerja berkemahiran tinggi negara pada masa ini berada di tahap 28%. Mengapa? Jawapannya mudah sahaja. 

1. Kerana hanya 25 peratus daripada kira-kira 425,000 lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) setiap tahun menjurus kepada bidang teknikal dan vokasional. So, kemana perginya yang 75% lagi tu? 

Untuk pengetahuan anda, yang lain2 tu masuk universiti dan yang menganggur semua tu laa. Yang masuk universiti tu pulak rela ke universiti swasta jika tak dapat tawaran dari IPTA.. Semua hendak bergelar mahasiswa. Mengapa? Banyaknya soalan, kan? Sebab.....

2. Berpunca daripada sikap sesetengah anggota masyarakat yang memandang rendah terhadap bidang kemahiran. 

Iyalah... kalau orang cakap anak dia belajar di universiti A misalnya, wahhh, kita kagum dan tabik spring! Tapi kalau orang cerita yang anak dia masuk Giat Mara lepas SPM, maka kita pun mencebik! Betul? Tepuk dada sendiri dan jawab!

3. Pihak industri juga masih kurang memberi sokongan untuk melatih pekerja mahir serta terlampau bergantung kepada bantuan kerajaan. Apa yang dapat kita perhatikan, sewaktu anak2 dari politeknik dan kolej komuniti menjalani latihan di mana2 syarikat, mereka ini, ada yang kerja tanpa gaji sepanjang mungkin 2 ke 3 bulan! (Betulkan kalau aku silap!) Kesian, kan? 

Akibatnya jumlah tenaga kerja berkemahiran tinggi negara pada masa ini berada di tahap 28 peratus berbanding negara luar seperti Singapura sebanyak 52 peratus. Jauhnya beza! 

Siapa yang salah bila keadaan jadi macam ni? 

Mana aku tahu? Anda fikir2lah sendiri, okey!

sumber: mstar 

================================

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.