Langkau ke kandungan utama

Jom berkongsi!

Assalamualaikum... 

Waktu pagi begini, aku suka tengok FB. Dan antara yang memenuhi wall termasuklah daripada Zainab Ngah. Pagi ni dia kongsikan apa yang dia dapat daripada  Zuraimi Remy's photo.

Salam ya akhi...Nabi saw bersabda,
"Ketika aku sedang berdiri di tepi telagaku (al kautsar pd hari Kiamat) sambil menunggu orang2 yang datang untuk meminum daripadanya, maka tiba2 sahaja ada orang2 yang 'disekat' daripada sampai ke sisiku. Lalu aku berkata, "Bukankah mereka itu juga dahulunya daripada umatku?" 
Maka dikatakan padaku (malaikat): 
"Ya benar! Tetapi engkau tidak mengetahui bahawa mereka setelah itu kembali ke belakang (berpaling tadah atau meninggalkan ajaranmu)." 
- hadith riwayat Bukhari

Begitulah hadis yang menceritakan bagaimana ada di kalangan orang2 yang akan disekat dari minum air telaga "al kautsar". Telaga ini luasnya beribu2 batu dan bilangan gelasnya lebih banyak dari bintang di langit. Namun begitu ada orang yabg akan disekat...kerana semasa hidup di dunia mereka kufur setelah beriman dan meningggalkan ajaran Rasulullah saw malah memperlekehkannya. Pada dasarnya, mereka berasal dari keturunan Islam tetapi berpaling lalu tidak mahu solat, tidak mahu puasa, tidak mahu berzakat dan tidak mahu tutup aurat.

Marilah sama2 kita perkuatkan Iman kita supaya tidak terpengaruh dengan agenda Yahudi dan Nasrani dan golongan munafik yang sentiasa mahu menyesatkan kita dengan mengikuti cara hidup mereka sehingga kita berpaling dari 'cahaya' yang sudah kita miliki. 

Wallahua'lam

2. Daripada Abdullah Awang yang menulis:
PESANAN UNTUK diri saya dan juga saudara saya pada hari ini ialah INGAT DAN RINDULAH KEPADA ALLAH SELALU, NESCAYA ALLAH AKAN INGAT DAN RINDUKAN KITA LEBIH DARI YANG KITA INGATIKANNYA. 
3. Daripada Faizah Abu Bakar yang menulis:

Imam Ghazali : ”Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? “

Murid-murid dengan serentak menjawab : ”Pedang “

Imam Ghazali : ”Itu benar, tapi yang paling tajam sekali di dunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.“

Renung2kanlah.... 

4. Juga daripada Faizah Abu Bakar:

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan Rasullullah SAW bersabda yang bermaksud:-
Adalah orang orang yang Munafik memiliki 3 sifat d bawah :-
1. Bila bercakap/berbicara ia berdusta.
2. Bila diamanahkan sesuatu kapadanya, ia mengkhianatinya.
3. Bila berjanji dia selalu mungkir.
Mudah-mudahan kita tidak tergolong dalam 3 golongan ini, insya-Allah. 

Semoga kita sama2 mendapat ilmu yang bermanfaat pada pagi ini...

Terima kasih atas kunjungan anda. Sila like fan page kak sofi dan jemputlah follow blog ni, ya. :)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…