apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

19.12.11

Jangan tertipu, minah!

Assalamualaikum..... 
Pernah dapat mesej macam ni dalam e mel anda?
A deceased client of mine, that shares the same last name as yours,who died as the result of a heart-related condition in January 28, 2009. I have contacted you to assist in distributing the money left by my client which is lodged in the bank.. Regards, William Lorimer Urgent Reply WilliamLorimer33@gmail.com
Atau ini....
Dear Western Union Customer,
You have been awarded with the sum of $50,000 USD by our office, as one of our customers who use Western Union in their daily business transaction. This award was been selected through the internet, where your e-mail address was indicated and notified. Please provide Mr. Gary Epps with the following details listed below so that your fund will be remited to you through Western Union.
1. Name:______
2. Address________
3. Country:_______
4. Phone Number____
5. Occupation:________
6. Sex:_________________
7. Age___________________
Mr.Gary Epps
E-mail: wu_africadep@shqiptar.eu
As soon as these details are received and verified, your fund will be transferred to you.
Thank you, for using western union
Atau ini?
John Galvani info@mail.com
Nov 25
to Recipients
I am Mr. John Galvani, I have a very urgent business proposal worth(£15,500,000.00 Pounds Sterlings) from my new private offshore bank(AIG bank)Please email me at(johngalvani@w.cn)for more details
.....................

Tiga contoh emel yg masuk spam box dan semuanya tentang duit yang anda bakal dapat kalau anda isi borang atau anda emel balas dan lain-lain lagi...

Anda percaya? Hehe... toksahlah! Mengarut saja tu! Malah, anda akan masuk perangkap orang-orang jahat yang mahukan nombor akaun bank anda. Bila dia orang dah dapat, duit anda yang ada dalam akaun tu pasti akan lesap dicuri mereka!

Semalam, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Bukit, Datuk Syed Ismail Syed Azizan menasihatkan orang ramai supaya jangan mudah memberikan nombor akaun bank kepada individu yang tidak dikenali, terutama kenalan melalui Internet bagi mengelak ia disalah gunakan oleh sindiket penipuan yang didalangi oleh warga Afrika. Ini kerana warga Afrika yang terlibat dalam jenayah siber akan menggunakan akaun bank milik individu tempatan di negara ini, bagi mengelak mereka dikenali dan dikesan oleh pihak berkuasa.

Bijak kan awang hitam ni? Baca lagi!

Ada pemilik akaun merupakan individu yang dikenali suspek dan secara sukarela bersekongkol dengan kumpulan penjenayah itu, tetapi ada juga langsung tidak menyedari mereka dipergunakan.
"Sebagai contoh, ada lelaki orang kurang upaya (OKU) tempatan yang ditahan bersama sekumpulan sindiket warga Afrika yang memperdayakan seorang guru wanita melalui penipuan cinta siber di Melaka baru-baru ini, langsung tidak tahu akaun banknya telah digunakan untuk kegiatan jenayah. Dia terkejut apabila ditahan dan dimaklumkan terlibat dalam sindiket penipuan bersama penjenayah Afrika kerana dia langsung tidak mengenali suspek," 
Syed Ismail berkata, lelaki OKU itu menjadi mangsa kepada kumpulan sindiket berkenaan setelah menyerahkan nombor akaunnya kepada seorang anggota sindiket yang menyamar sebagai wanita dari United Kingdom dan menggodanya melalui laman sosial Facebook. Akibat sudah jatuh cinta, mangsa tidak berfikir panjang dan bertanya lanjut apabila diminta memberi nombor akaun kepada rakannya yang tinggal di Puchong di sini.

Jadi, tolonglah jangan percaya apabila ditawarkan hadiah oleh individu yang dikenali melalui Internet dan diminta supaya memasukkan wang ke dalam akaun pihak tertentu tertentu yang kononnya bekerja dengan agensi kerajaan seperti Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM)

orang jahat ada di mana2. berhati-hatilah!

sumber: utusan

================================

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.