Jangan ghairah sangat bila dapat lesen memandu!

Assalamualaikum.....

Hari-hari mesti ada sahaja berita kemalangan di dada2 akhbar, kan? Di merata-rata, kematian akibat kemalangan berlaku tiap saat... Sedih. 

Di Kuching, seorang pemandu tidak sedar bahawa ada motor dekat kereta dia semasa nak buat U-turn. Penunggang dan pembonceng jatuh masuk longkang dan kereta itu terbalik di atas mereka. Mujur... longkang kering, kalau tidak? Bagaimanapun, salah seorang mangsa berada dalam ICU sekarang. Semoga selamat!

Namun berita kematian empat sahabat yang baru balik dari satu pameran kemajuan kerjaya  di Johor, amat memilukan. Empat pelajar Cina yang baru sudah menduduki SPM ini sangat baik dan bercita-cita tinggi serta ingin berjaya. Malangnya ajal tak kenal usia. Lihat wajah-wajah sedih yang ditinggalkan...

Foto
di luar bilik forensik Hospital Kota Tinggi

Foto
bumbung innova yang tercabut!


“Semua mangsa mati akibat kecederaan pada badan dan kepala. Dua lagi mangsa masih dirawat dan keadaan mereka stabil. Kejadian berlaku ketika cuaca baik dan setakat ini siasatan masih dijalankan untuk mengenal pasti punca kemalangan,” 
- polis

sofi: nak pesan satu sahaja kepada pemandu terutama kepada yang baru dapat lesen tu, jaga diri!

sumber: metro

================================

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

Yang Terakhir: Versi Cerpen

Inikah Cinta? : Versi Cerpen