apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

21.12.11

Jalanraya maut.. di Sabah lagi! & dari Brunei disahkan Mati!


Assalamualaikum..... 

Kita sedih baca berita kemalangan. tapi kebelakangan ni, di Sabah asyik accident maut, ya! Ni yang terbaru... bacalah! Gambar2 akan kak sofi masukkan kemudian...

KOTA KINABALU 21 Dis. - Kerajaan Sabah hari ini merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan Brunei khususnya kepada keluarga dan waris semua mangsa yang terbabit dalam nahas bas ekspres di negeri itu semalam.
"Kita berasa amat sedih dan bersimpati dengan tragedi ini. Saya berharap mereka bersabar dan tabah menghadapi keadaan ini. Juga didoakan mangsa yang cedera dan masih menerima rawatan akan segera pulih. Sama-sama kita berdoa untuk mereka yang terkorban dalam tragedi ini. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para solihin,” 
- kata Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman dalam kenyataan di sini. - BERNAMA

Seorang lagi penumpang bas dari Brunei yang terlibat dalam kemalangan di Sabah semalam disahkan meninggal dunia, menjadikan angka kematian dalam tragedi itu kepada tujuh orang.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Tan Kok Liang, mereka ialah:
1. Ketua rombongan, Awang Tarsad Damit, 58, meninggal dunia pada kira-kira 12.15 pagi di Hospital Queen Elizabeth di sini.

Dua penumpang maut di tempat kejadian dalam kemalangan di KM8.9, Jalan Ranau-Tamparuli di Tuaran dan empat lagi menghembuskan nafas terakhir di Hospital Tuaran.

Kok Liang berkata, jenazah semua mangsa akan diterbangkan ke Brunei hari ini bersama-sama dengan 13 lagi yang terselamat dalam nahas itu.

"Sebanyak 13 lagi yang kini berada dalam keadaan kritikal dan separa kritikal akan terus dirawat di Hospital Queen Elizabeth,” katanya kepada pemberita. - BERNAMA

================================

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.