apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

24.12.11

Isu Sudah Selesai. Tarikh dilanjutkan....

Lega! Tarikh dilanjutkan untuk tanda tangan borang opsyen dari skim lama ke SBPA. Itulah agaknya apa yang difikir oleh mereka yang tak tanda tangan lagi. Betul tak?

Semalam, kemelut sudah selesai. bila Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) diberi hak berunding dalam isu berbangkit serta menjadi pemerhati dalam pelaksanaan dasar pemisah atau ‘exit policy’.

Perbincangan lebih tiga jam antara CUEPACS dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) membawa hasil positif apabila masing-masing bersetuju supaya tarikh akhir untuk menerima opsyen SBPA dilanjutkan ke 15 Januari 2012. Tapi, untuk pilih umur bersara.... tarikh masih sama! iaitu pada 30 Disember ini.
"JPA setuju supaya perkara-perkara mengenai pelaksanaan SBPA dirundingkan setiap tiga bulan sehingga hal-hal yang berbangkit dapat diselaraskan secara bersama."
- Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman   

Anda tahu tak yang rupa2nya ada gred gaji tertinggal dalam SBPA tu? Hmm, ada! Mujur CUEPACS perasan tau!
“Mengenai penambahbaikan gred yang tertinggal dalam SBPA, semua gred 17 dalam Skim Saraan Malaysia (SSM) akan dibuat semakan semula dalam tempoh tiga bulan."
CUEPACS berharap akan mendapat gambaran lebih lanjut mengenai perkara ini pada rundingan seterusnya. Minggu depan ahli majlis CUEPACS akan diberi taklimat yang teliti oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah, mengenai kenaikan gaji antara tujuh hingga 13 peratus.

Mengenai isu dasar pemisah yang menjadi kebimbangan penjawat awam turut diselesaikan. Macam mana? 
Wakil CUEPACS dibenarkan menjadi pemerhati dalam panel pelaksanaan dasar tersebut. Wakil CUEPACS itu boleh memberi pandangan sebelum seseorang itu dikeluarkan dari jabatan, agensi, pihak berkuasa tempatan atau badan berkanun. Ini bagi mengelakkan terdapat penjawat awam yang teraniaya. Jabatan dan agensi di mana penjawat awam berkenaan berkhidmat juga tidak dibenarkan untuk mengambil tindakan memberhentikan seseorang penjawat awam di bawah dasar pemisah. Kerana, keputusan itu mesti dibuat oleh JPA dengan kehadiran wakil CUEPACS.
Kata Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi), Datuk Dr. Ismail Alias, JPA dan CUEPACS secara keseluruhannya bersepakat untuk melaksanakan SBPA. Ini kerana semua isu telah selesai. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.