Hujan, Ribut, Banjir..kemalangan...



Assalamualaikum..... 

Sehingga pukul 8 malam semalam, pihak Bomba dan Penyelamat menerima lebih daripada 10 laporan berhubung kejadian pokok tumbang termasuk tiga buah kenderaan yang dihempap pokok di Kepong. Rupa-rupanya, keadaan ini berlaku di banyak tempat. 

Hujan lebat serta angin kencang mengakibatkan beberapa kejadian pokok tumbang dan ada di antaranya menghempap kenderaan. Antara kawasan lain ialah di Titiwangsa, menyebabkan laluan utama di Jalan Tun Razak menghala ke Seremban sesak teruk kerana kenderaan tidak dapat bergerak setelah jalan ditutup berdekatan simpang ke Istana Budaya.

Sementara itu, di Selangor, sebanyak enam laporan pokok tumbang diterima Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri yang melibatkan Batu Caves, Sungai Buloh, Ampang dan Gombak.

Yang ini, di Kepong:
"Pokok tumbang selepas hujan lebat yang disusuli angin kencang selama hampir sejam sejak pukul 6 petang. Selain Kepong, kita turut menerima laporan di Wangsa Maju, Jelatek, Kampung Baru, Mont Kiara serta Taman Koperasi Polis di sini. Hujan lebat itu juga telah menyebabkan beberapa jalan di Kepong dinaiki air, namun masih boleh dilalui kenderaan."
Ni gambar sebuah papan iklan gergasi yang patah tiangnya lalu tumbang ke arah jalan raya semasa warga kota mula berpusu-pusu untuk pulang ke rumah. Nasib baik, tumbang ke bahagian bahu jalan.


Lagi gambar...

Laporan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia menyatakan hujan sekejap-sekejap dan kadang kala sederhana di Kelantan, Terengganu dan Pahang dijangka berterusan sehingga malam esok, yang boleh menyebabkan banjir di kawasan rendah. Keadaan itu akan berlaku di Pasir Mas, Tumpat, Kota Baharu, Bachok, Pasir Puteh dan Machang di Kelantan. Keadaan sama juga dijangka berlaku di Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Marang, Hulu Terengganu dan Dungun di Terengganu dan Kuantan, Pekan dan Maran di Pahang. Rujuk sini. 

Semoga kita semua di dalam perlinganNYA.



rujukan:












================================

Ulasan

  1. cuaca semalam mmg menakutkan...angin sgt kuat dan lain mcm

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

Yang Terakhir: Versi Cerpen

Inikah Cinta? : Versi Cerpen