apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

17.12.11

Hari ini hari Sabtu


Assalamualaikum..... 

Hari ini Sabtu. Sekadar berkongsi sesuatu yang dibaca pagi ini untuk tambah pengetahuan bersama :

Hari Sabtu pernah disebut oleh Rasulullah sebagai hari tipu daya.

Mengapa? 

Ini antara sebab-sebabnya....

1.Kaum Nabi Nuh membangkang kepada Nabinya.

2.Kaum Nabi Saleh mencabar nabinya dengan menyembelih unta yang diamanahkan kepada mereka.

3.Saudara-saudara Nabi Yusof mengkhianati Nabi Yusof dengan mencampakkannya ke dalam perigi di padang pasir.

4.Raja Firaun mencabar Nabi Musa

5.Orang2 yahudi mengkhianati dan mengejar nabi Isa AS untuk membunuhnya. Lalu, ALLAH SWT mengangkat Nabi Isa AS ke langit.

6.Orang2 Quraisy menipu dan mencabar Nabi Muhammad SAW di Darun Nadwah.

7.Kaum yahudi melanggar perintah ALLAH SWT dengan menangkap ikan walaupun hari itu dilarang mereka berbuat demikian.

Amy Suzani Ainuddin , terima kasih, ya! 

================================

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.