Langkau ke kandungan utama

Family is...


Assalamualaikum..... Sebelum anda teruskan bacaan, harap anda sudi undi dalam memilih Zharif atau Afif di 'poll' sebelah, okey! TK.


Baca perlahan-lahan dan penuh penghayatan.......

Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan.

"Oh maafkan saya, saya tak perasan." Katanya. 

"Maafkan saya juga, saya tak nampak saudara." balasku.

Kami amat bersopan dan saling menghormati, kami saling melambai sambil berlalu pergi. 

Tetapi.... 

Di rumah, lain pula ceritanya. Bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda?

Baca lagi....

Lewat petang, ketika aku memasak makan malam, anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam. Bila berpaling, aku hampir melanggarnya jatuh.

Jerkahku, "Jangan buat kacau di sini! Pergi main jauh-jauh!" 

Dia berlalu pergi. Hatinya hancur luluh dan beku. 

Aku tak sedar, betapa kasarnya kata-kataku. 

Sedang ku berbaring di katil mendengar muzik, terdengar suara halus datang berbisik.... 

"Bila bersama orang tak dikenali, begitu bersopan dan merendah diri. Tetapi ahli keluarga tersayang sering dimarahi dan dicaci. Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur, kan kau temui bunga-bungaan berterabur. Itu adalah bunga-bunga yang dibawanya untuk kamu. Dia memetiknya sendiri; kuning, biru dan ungu!" 

Oh.....

"Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu!"

Aduh....

"Kamu tak pernah sedar air matanya yang datang bertamu!"

Pada ketika ini, aku merasa amat kecil sekali. Air mataku mencurah ibarat air di kali. Senyap-senyap, aku ke biliknya. Aku melutut di katil kecilnya. 

"Bangunlah, anakku! Bangunlah, si kecilku! Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk ibu?"

Tergamam aku melihat dia tersenyum. 

"Adik terjumpanya belakang rumah di semak. Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu.  Ibu tentu suka terutama yang ungu." 

Ya Allah....

"Maafkan, ibu! Maafkan ibu atas sikap ibu hari ini. Ibu tak harus menjerkah kamu tadi." 

Tapi apa balasnya...

"Oh, ibu! Itu tak mengapa. Sebab, saya tetap sayang ibu melebihi segala." 

MasyaALLAH, menitis air mata ini. Lantas ku bisikkan, 

"Anakku, ibu pun sayang kamu. Dan, memang, memang ibu sangat suka bunga itu, terutama yang ungu."

Adakah anda sedar, sekiranya kita mati hari ini, syarikat tempat kita bekerja akan senag-senang mendapat pengganti, dalam hanya beberapa hari? 

Tetapi keluarga yang kita tinggalkan, akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat. 

Dan, sedarlah! Sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja, melebihi untuk keluarga kita, itu adalah merupakan suatu pelaburan yang tidak bijak. Bukankah begitu? 

Jadi, apakah maksud yang tersirat?

Tahukah anda makna " FAMILY " ?

FAMILY is...

FATHER AND MOTHER, I LOVE YOU

terima kasih teman FB: Azrinsuhaila Amran
==========================================================

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…