apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

18.12.11

Fahamkan syarat2 untuk pencen dalam SBPA


Assalamualaikum..... 

Masih dengan SBPA  lagi, kali ini berkaitan PENCEN pula....

Soalan:

1) Adakah pegawai yang memilih SBPA boleh membuat opsyen untuk bertukar pilihan umur persaraan paksa sekarang ke 55/56/58 tahun?

Jawaoan:

## Tidak. Pegawai yang memilih SBPA hanya dibenarkan memilih opsyen 60 tahun atau kekal dalam umur persaraan paksa sekarang.

Soalan:

2). Bilakah pembayaran pencen akan dibuat kepada pegawai yang bersara pilihan sekiranya pegawai memilih opsyen umur persaraan paksa 60 tahun?

Jawapan:

a)  Bagi pegawai yang dilantik sebelum 12.4.1991, pencen akan dibayar apabila mencapai umur 50 tahun (bagi pegawai lelaki) dan 45 tahun (bagi pegawai perempuan);

b)   Bagi pegawai yang dilantik pada atau selepas 12.4.1991, berkuat kuasa 1.1.2012, pencen akan dibayar apabila mencapai umur 55 tahun (tanpa pembayaran tunggakan pencen sebelum 1.1.2012).

Syarat di atas terpakai bagi semua pegawai (sama ada memilih SBPA atau tidak dan sama ada memilih opsyen umur persaraan 60 tahun atau tidak).

sila masuk laman ini dan baca untuk lebih faham terutama sesiapa yang berhasrat hendak pencen tu!!

================================

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.