apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

24.12.11

Dia kembali selepas 7 tahun ditelan Tsunami

Assalamualaikum,

Pada 26/12/2011, dua hari lagi, genaplah tsunami yang berlaku di merata-rata tempat di nusantara ini menjangkau tahun ke tujuh. Siapakah yag dapat melupakan kejadian yang meragut ratusan ribu nyawa manusia di Malaysia, Indonesia, Thailand, India dan banyak lagi negara-negara lain, pada tahun 2004, kan? 
Jom kita imbau beberapa gambar kenangan....


Marilah bersama-sama membaca al-Fatihah dan kita sedekahkan kepada mereka yang sudah meninggalkan kita. 

Tentu ada di antara kita yang mengalaminya sendiri. Tentu ada di antara kita yag masih meratapi pemergian orang - orang yang kita sayangi. Namun ada juga yang mengalami keajaiban....

Di Indonesia, seorang gadis berusia 15 tahun bernama Wati yang dilaporkan disentap daripada genggaman ibunya di wilayah Aceh ketika berlaku tsunami sehari selepas sambutan Krismas tahun 2004 dan dia dikhuatiri lemas.
Pada Rabu lepas, seorang lelaki jumpa budak ni di sebuah kedai kopi. Tengok lain macam aje, maklumlah...budak perempuan, kan? So dia bawak budak ni  balik ke rumahnya di bandar Meulaboh. 

Apabila ditanya, Wati kata, dia datang naik bas dari Bandar Aceh. Dia tengah cari jalan nak balik ke rumah, rumah datuknya yang bernama Ibrahim yang juga kawan si lelaki tadi. 
Wati tak ingat pada sesiapa pun kecuali Ibrahim, membuatkan datuknya itu terfikir yang Wati mungkin cucunya yang lama hilang. Tahun 2004, umurnya kan baru 8 tahun....

Dia segera menghubungi ibu bapa gadis itu, Yusniar dan Yusuf, yang mengesahkan bahawa Wati adalah anak perempuan mereka berdasarkan tahi lalat dan parut kecil pada sikunya, menurut laporan itu. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.