apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

5.12.11

Degup Jantung Bergetar...


Degup jantung anda cepat dan bergegar tak, bila nampak si dia yang anda suka? Degup jantung anda kencang tak bila bertentang mata dengan si dia yang anda cinta? 

Ya, penangan cinta pasti menusuk ke jantung. Debaran, getaran, degupan meluahkan rasa yang terpendam. Hanya anda yang tahu...

Bolehkah si dia mendengar degupan jantung anda? 

Si dia yang sudah pergi meninggalkan, yang sudah melupakan, yang menghancur lumat perasaan anda tapi mengapa hati anda masih menyebut namanya? Memanggil dia? Seolah-olah, degupan jantung anda itu, untuk dia...?

Anda cuba melupakan dia, bukan anda tak cuba tapi, usaha anda hanya sia-sia. Anda tak mampu! Meskipun anda jumpa ramai gadis/jejaka yang lain, anda tetap fikirkan dia. Dia tetap ada di mana-mana!  

Jenuh anda marahkan diri sendiri. 
"Kenapa aku asyik fikirkan dia? Kenapa tak boleh lupa walau dah puas mencuba? Oh... hati yang luka ini... Kenapalah asyik  buat perkara yang bodoh! Akalku mengatakan jangan, tapi hati? Hati ini degil sangat! Rasa macam dia ada di sini, di sisi!" 
Padahal, anda sudahpun mengucapkan salam perpisahan kepadanya! Sob! Sob! Sob!
listen to my heartbeat. it's beating for you
listen to my heartbeat. it's waiting for you
don't i know that it's over? i don't understand why i'm like this
listen to my heartbeat. it's beating for you
listen to my heartbeat. it's waiting for you
it still hurts thinking of you. i think of you every time my heart beats
Patutlah ramai yang tergila-gilakan K-Pop. Bila aku dengar lagu ini..Heartbeat oleh 2PM, aku baca lirik dia, tengok gaya tarian mereka...hmm, aku pun jatuh cinta juga. Anda, minat tak? 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.