apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

6.12.11

Dari China ke Scotland

Assalamualaikum.....
Nak santai sikit pagi ini. Okey... sila lihat gambar. Comel tak Tian Tian dan Yang Guang? Pasangan panda ini diterbangkan khas dari negara China ke Edinburgh. Tian Tian (Sweetie) dan Yang Guang (Sunshine) merupakan pasangan panda yang pertama akan tinggal di Scotland. Kedua-duanya akan tinggal selama 10 tahun dan diharapkan dapat melahirkan generasi panda di Scotland. 
Giant panda Yang Guang tucks into some bamboo at his new home at Edinburgh zoo
Sunshine makan buluh

Kata penjaga di Zoo Edinburgh, pasangan ni okey aje sejak sampai. Yang jantan tu asyik makan je kerjanya, hehe. Lebih lanjut? Baca di sini

romantik tak gaya diorang?


Ni penerbangan khas yang bawak panda2 tu. flight terus menerus dr china. Sunshine dengan Sweetie diberi makan daun buluh, apple, dan dipastikan selesa sebab ada dua doktotr pengiring. Hehe.. manusia pun x dapat treatment seistimewa panda2 berusia 8 tahun tu, kan?

teka, mana satu Yang Guang, mana satu Tian Tian?

Pandai... yang kanan tu jantan, si Yang Guang. Comel betul, kan? Semoga panda2 ni bahagia berada di Scotland. 




================================

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.