Luahan

apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

Assalamualaikum..... Sebelum anda teruskan bacaan, harap anda sudi undi dalam memilih Zharif atau Afif di 'poll' sebelah, okey! TK. ...

Coretan hati kala sepi

By Disember 01, 2011

Assalamualaikum..... Sebelum anda teruskan bacaan, harap anda sudi undi dalam memilih Zharif atau Afif di 'poll' sebelah, okey! TK.

Hari ini, 1.12.11. Kita ada 30 hari 19 jam lagi dalam tahun 2011. Setakat ini, banyak yang sudah berlaku dalam hidup kita, kan? Suka, duka, gembira... 

Tahun ini aku kehilangan abah. Dengan pemergiannya, jadilah aku insan tanpa ayah dan ibu untuk membimbing dan membetulkan mana-mana kesilapan yang kubuat. Kenapa ketawa? Ooo.... aku dah tua tapi memang, semasa hayatnya, aku sering minta pandangan orang tua dalam banyak hal. Tapi, sejak Januari, keputusan, betul atau salah.... aku buat sendiri. Sedih....

Dunia terus bergerak... masa semakin pantas. Rasa banyak benar yang tidak sempat dibuat lagi. Rasa masih banyak urusan yang belum selesai. 

Semoga ada istiqamah dalam diri. Semoga terus pandang ke hadapan. Semoga mengingati semalam agar kesilapan tidak berulang.

Amin....


==========================================================

You Might Also Like

0 comments

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.