apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

29.12.11

Cinta Tidak Berbalas? Kesiannya!

Assalamualaikum... 

Jom kita fahami mengapa cinta tidak berbalas...

1. Cinta Tanpa Sedar 

- Ibarat bercinta dalam diam, memendam rasa tanpa luahan yang menyukarkan yang dicinta menyedari dirinya dicintai. Jika dibiarkan berpanjangan, lebih-lebih lagi jika anda begitu memuja dirinya. 

Apa perlu anda buat? 

Langkah terbaik ialah beranikan diri untuk berhadapan dengan si dia dan cuba tawan dirinya. Ia boleh dilakukan secara evolusi dan revolusi, cuma masa yang menjadi penguji kesabaran anda. 

2. Cinta Tidak Diundang 

- Seperti juga berkunjung ke rumah orang tanpa mendapat undangan dari tuan rumah. 

Hal yang sama dengan cinta, di mana luahan cinta kita sememangnya tidak diperlukan di pihak yang empunya diri. Barangkali dirinya belum bersedia. Namun tidak salah untuk mencuba, ibarat mengalah untuk menang, apa salah untuk tebalkan muka seketika jika penamatnya kita bahagia. 

Tetapi bagaimana jika penamatnya.... menyedihkan? 

3.Cinta Terisi 

- Kita mencintai kepunyaan orang. 

Ramai juga yang berjaya memetik bunga di laman orang, mungkin kerana si bunga sudah bosan dengan si kumbang. Kalau anda memiliki tahap kesabaran menggunung tinggi, tunggulah kalau-kalau badai melanda cinta mereka, di kala itu mainkan peranan ibarat orang mengantuk di sorong bantal. 

4. Cinta Terhalang 

- Barangkali si dia telah mengetahui sekuat mana usaha yang dilakukan, cinta yang bakal dijalin pasti beronak duri, penuh halangan yang tidak mungkin diatasi. Biasanya percintaan ini melibatkan pihak ketiga terutama dari kedua belah keluarga. 

Tiada Jodoh - Habis cerita..... hu.... huu..... 

Jika tiada suratan takdir untuk anda bersamanya, terimalah sahaja pasrah Ilahi. Mungkin ada sebab musabab di atas kegagalan cinta anda terhadap orang yang dicintai. Barangkali ada insan yang lebih baik dan istimewa sedang menanti nanti. Kegagalan cinta tidak bermakna anda berada di hujung dunia. 

Apakah cinta anda tidak berbalas? dalam kategori yang manakah ia? Apa yang anda sedang usahakan? 

Sempena 2012, aku yakin anda ingin menukar tema. Cinta akan dipastikan mendapat balasan, bukan begitu?

Kepada yang sedang bercinta, maknakanlah cinta anda dalam ikatan dua hati yang bererti. Dalam simpulan perkahwinan yang menghalalkan rasa....

 Terima kasih atas kunjungan anda. Sila like fan page kak sofi dan jemputlah follow blog ni, ya. :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.