apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

29.12.11

Cinta pemadam...

 

Assalamualaikum...
Ini ialah DIALOG CINTA... 

Pensel : Saya minta maaf. 

Pemadam : Untuk apa? Awak tak buat salah pun. 

Pensel : Saya minta maaf kerana disebabkan saya, awak cedera. Setiap kali saya buat silap, awak pasti berada di situ untuk membetulkan kesilapan saya. Tapi setiap kali awak memadam kesilapan saya, awak kehilangan sebahagian dari diri awak. Awak menjadi semakin kecil. 

Pemadam : Itu betul, tapi saya langsung tak kisah tentangnya kerana saya dibuat untuk membetulkan kesilapan yang awak buat. Walaupun suatu hari nanti saya tahu yang saya pasti akan hilang, saya berbangga dengan apa yang saya buat ini. Jadi, janganlah risau. Saya tak mahu melihat awak bersedih... 

Hebat kan cinta pemadam kepada pensel? Bagaimana dengan cinta sesama manusia? Hmm..

Terima kasih atas kunjungan anda. Sila like fan page kak sofi dan jemputlah follow blog ni, ya. :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.