Langkau ke kandungan utama

Cinta lelaki murah sahaja. Betul ke?


Assalamualaikum.....

Bila aku masukkan entri tentang apa lagi yang kurang, dapatlah aku buat kesimpulan bahawa cinta seorang lelaki amat murah. Jangan melenting dulu! Baca apa yang nak aku luahkan ini. Nanti, kalau anda tak setuju, baru marah, ya!

Kalau mahal cinta anda, tentu sahaja cinta itu milik seorang saja. Seorang yang bertuah. Sama seperti kereta. Kereta mahal seperti Ferrari, bukan semua orang boleh memilikinya, sebab itu pengeluarannya sedikit aje. Tapi banding dengan kereta murah, senang dapat, ramai boleh memiliki. Bukan begitu?
Kerana murahnya cinta itu, mudah benar bagi seorang lelaki untuk jatuh cinta kali kedua, ketiga, keempat malah ke seratus sekalipun. Selagi ada perempuan yang mahu menyambut cinta yang dihulurkan dalam bentuk yang pelbagai, maka pastilah lelaki akan melelong cintanya. 

Cinta diberi dalam bentuk ayat-ayat manis bermadu. Janji itu, janji ini. Setinggi langit, sedalam lautan. Seteguh Titiwangsa, seindah pelangi. Ungkapan yang lahir dari lidah tidak bertulang. Sukar untuk percaya tapi mampu lelaki melakukannya. 

Kata orang, bertepuk sebelah tangan, tidak berbunyi. Kalau pun suami orang merayu dan mengadu, andai keras hati dan ditahan agar jangan ada sifat mengasihani, insyaallah, cinta kedua, ketiga, keempat atau ke seratus itu tidak akan jadi. Tapi, sudah memang hukum karma mengatakan, ada yang memberi, pasti ada yang menerima, maka... cinta seorang lelaki pasti teragih. Kalau sudah banyak cawangan cintanya... merosotlah kualiti cinta itu. Murahlah jadinya!!!

Argh, cinta lelaki. Lain di mulut, lain di hati. 

================================

Ulasan

  1. setuju.. lebih2 lagi klu lelaki 2 playboy.. huhu

    BalasPadam
  2. Dian Hazwani, sampai semua perempuan dia nk bagi cinta murah dia, kan?

    BalasPadam
  3. bg sy sbg seorang lelaki..tak setuju..hehe...bukan lelaki atau perempuan tu faktor utama tetapi sikap seseorang tu hehe..anyway blog nie best lah

    BalasPadam
  4. Kumbang Jingga, hehe... just an opinion tu..jgn maree...

    BalasPadam
  5. Anda yakin cinta lelaki murah? ye betul.. cinta si buaya... tetapi ada lelaki yang mahal harga cintanya.. sampai mati tetap dihati... bacalah yg ni....
    http://songsboutlife.blogspot.com/2011/12/life-story-bila-aku-mencintai-wanita.html

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…