apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

6.12.11

Cantiknya dia bila bertudung!!


Assalamualaikum..... 


Aku terbaca artikel ini dalam satu blog. Tertarik pula untuk berkongsi dengan anda. Bagi gadis2 yang dah menutup aurat, bila anda baca, janganlah riak. Janganlah sebut:
Hmm, tu lah! Orang suruh pakai tudung, tak nak!
Jangan cakap macam tu! Menutup aurat itu memang wajib tapi, mungkin ALLAH belum memberi hidayah kepadanya lagi. Kita yang dah menutup aurat ini pun, perlu juga mengambil iktibar. Takut kalau nama saja bertudung tapi sebenarnya, kita telanjang. rujuk sini. 

Bagi pembaca dan peminat yang belum pakai tudung, janganlah menganggap entri ini menyindir anda. Tiada niat sama sekali. Hanya ingin berkongsi sahaja, ya! Tak lebih dari itu. Manalah tahu, selepas membacanya, terbuka hati anda. Alhamdulillah!

Hayatilah! Alasan mahupun soalan yang dibalas balik oleh mereka yang belum mahu menutup aurat. Aku tidak menggunakan semua jawapan yang diberikan. Kuolahkan jawapan aku sendiri. Harap tak ada yang marah, ya!
1. Semua yang tutup aurat, confirm masuk syurga ke?

Syurga itu hak ALLAH. Menutup aurat itu kewajipan kita terhadapNYA. 

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.

Apakah maksudnya, orang yang pakai tudung labuh itu jahat? Jadi, orang yang tak pakai tudung itu... baik? Tak, kan? Baik atau jahat itu bergantung kepada akidah dan tauhid diri sendiri. Yang pasti, bila anda bertudung, satu kewajipan sudah tertunai. Wallahualam.

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.

-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi anda Islam, dakwah tu wajib walaupun anda sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurangnya, anda insaf dan bertaubat sekarang.

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.

Tidak dinafikan, orang yang tidak menutup aurat itu ramai yang baik-baik! Kerana anda baik, maka mohonlah hidayah ALLAH supaya anda menjadi hambaNYA yang lebih baik dengan mengikut perintahNYA yang satu itu iaitu menutup aurat. 

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.

Susah nak jawab bila alasan ini diberikan. Zina mata, bukan setakat lelaki malah ada juga perempuan yang 'tertengok' Hmm! Tolong kasihankan mata kami? Boleh?

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.

- Hanya muka dan tapak tangan sahaja boleh orang tengok. Seksi ke, tidak ke, yang lain kena sorok.

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap solat dan puasa.

Alhamdulillah! Mintalah doa pada NYA semasa solat agar hati terbuka untuk memakai tudung. Ingatlah, seperti solat dan puasa, menutup aurat juga adalah dituntut oleh agama.

8. Suka hati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.

- Jika anda seorang anak, anda sudah menyusahkan ayah anda. Jika anda seorang adik, anda sudah menyusahkan abang anda. Jika anda seorang kakak, anda sudah menyusahkan adik lelaki anda. Jika anda seorang isteri, anda menyusahkan suami anda. Semuanya susah andai kata mereka tidak menegur khilaf anda ini.

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan ALLAH.

Sungguh! Kerana itu, mintalah ALLAH bukakan pintu hati anda untuk menutup aurat.

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)

Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah? Siapakah yang berada di kedudukan paling atas? ALLAH atau photographer/pengarah filem? 

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.

Nak buat perkara baik, tak payah bertangguh. Sebab mati pun tidak sesaat lewat, kan? 

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..

Untuk menutup aurat, tak ada istilah drastik atau slow2. Pakailah tudung dan patuhi kehendak syariat. Itu lebih baik!

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.

Jangan cakap macam tu! Keikhlasan itu antara anda dengan ALLAH. Orang lain tidak tahu. Jadi, kenapa cakap tak mahu jadi hipokrit? Siapa yang akan tuduh anda hipokrit bila dia tak tahu keikhlasan hati anda? 

Kalau kita hendakkan sesuatu, sudah menjadi lumrah, kita akan berusaha mendapatkannya tetapi jika hati kita masih belum ALLAH buka, memang kita akan menemui berbagai-bagai alasan untuk diberikan sebagai menolak untuk melakukan. Soalnya, tanggung jawab kita sebagai wanita Islam itu... di mana? 

Fikirkanlah...

thanx: anis
================================

2 ulasan:

  1. ada baca conversation ni yg dipetik dr facebook..

    BalasPadam
  2. Faiz, mmg byk kali dah jumpa. cuma br terpanggil nk masuk dlm posting

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.