apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

17.12.11

Bila dah kaya, mesti ada orang dengki. haih!


Assalamualaikum.....

Kisah ni dah beberapa minggu dah aku baca tapi malaslah nak tulis. Bila en suami masukkan pos tentangnya, aku cakap, mungkin RAMLY ni kena fitnah. maklum dia satu2nya syarikat Melayu yang bertahan dalam pembuatan burger dan kumpulan burger ni. Dan sememangnya, tekaan aku tepat. Memang syarikat RAMLY dah menafikan sekeras-kerasnya. Tapi, kenapa ya, masih ada yang sakit hati, tak puas hati... Baca ni!

Kumpulan Syarikat Ramly yang terkenal dengan produk daging burger Ramly menafikan sekeras-kerasnya dakwaan hot dog keluaran syarikat itu mengandungi DNA babi berikutan kenyataan Jabatan Kesihatan Kedah baru-baru ini mengenai keputusan persampelan produk franfurter lembu dengan jenama Ramly dilakukan Pejabat Kesihatan Daerah Yan mengesahkan ia mengandungi DNA babi.

Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat Ramly, Datuk Ramly Mokni berkata, ia adalah cubaan pihak tertentu mensabotaj syarikatnya.

Menurutnya, terdapat penggunaan pembungkusan bukan milik Ramly Food Processing Sdn Bhd dengan nombor batch yang tidak tepat dan pihaknya sudah membuat laporan polis berhubung perkara itu bagi mengenal pasti pihak yang melakukan sabotaj terhadap produk syarikatnya.

Itulah, bila dah kaya, dah berjaya, mesti ada yang dengki, kan? 

Aku sebak bila baca ayat-ayat ini.... 
"Saya, isteri dan keluarga adalah pemilik 100 peratus kumpulan syarikat Ramly dan tanda niaga RAMLY. Sebagai Muslim, kami amat menitik berat soal hukum halal haram. Perniagaan kami sudah bertapak lebih 30 tahun dan semua kakitangan beragama Islam. Kami tidak akan sesekali melakukan perkara ditegah agama."
Menitik air mata dan terharu sangat.... Rasa kesian benar pada keluarga RAMLY. Dugaan ini tentu hebat untuk mereka, kan?

Beliau menegaskan, proses pembuatan produk syarikat diselia rapi Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan jabatan lain yang berkaitan bagi mengekalkan kredibiliti sebagai pembekal produk halal.

Katanya, syarikat juga mempunyai jabatan halal diketuai Mohamad Rafizie Kastor (berkelulusan dalam bidang syariah Universiti Sains Islam Malaysia) dan turut menubuhkan jawatan kuasa halal dalaman dianggotai semua jabatan terbabit dalam pemprosesan untuk mengeluarkan produk mengikut standard manual Jakim.

Sehubungan itu, Ramly memberi amaran kepada pihak yang cuba memfitnah produk Syarikat Ramly supaya memberhentikan perbuatan ini.

nota kaki: Kadang-kadang, kita ingat orang kafir atau bukan islam yang melakukannya tapi tak mustahil ada dalam kalangan orang islam sendiri yang membuat onar. setuju?

sumber: metro
================================

2 ulasan:

  1. Setuju sgt..bile dah senang pun masih byk dugaan... sedih betul dgn sikap org kite ni!

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.