apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

6.12.11

Berbulan madu....

Bulan madu di awan biru
Tiada yang mengganggu
Bulan madu di atas pelangi 
Hanya kita berdua
Mengecap nikmat cinta
Yang suci tak terbanding
Bagaikan embun pagi.....
Assalamualaikum.....

Sekarang ni, bukan macam dulu2. 20, 30 tahun dulu, orang tak faham pun istilah bulan madu. Sebab seingat aku, dalam seminggu dua selepas kahwin, pasangan pengantin baru, biarpun bercuti, dibawa oleh ibu dan ayah pergi menziarah ke rumah adik-beradik mereka. Ini sebagai membalas budi baik ahli keluarga yang sudah bertungkus lumus membantu keluarga pengantin masa majlis kahwin tempoh hari. 

Sekarang, dek kerana semua pakai catering, kemesraan sesama ahli keluarga pun dah berkurangan. Aku tengok, ada adik atau abang pergi majlis kenduri kahwin anak kakak... macam tetamu lain sahaja. Pergi makan, lepas setengah jam, balik! Huhu...

Bulan madu ni apa ya?

- Keindahan, kebahagiaan dan keseronokan kepada setiap pasangan pengantin baru bagi memulakan fasa baru dalam kehidupan masing-masing.

Perlu ke? Mungkin kut.. sebab.....

1. Menikmati hidup yang dulunya haram tetapi kini telah halal 
2. Menenangkan jiwa anda di tempat peranginan sambil ditemani insan tercinta
3. Berehat setelah penat mengadakan kenduri kahwin
4. Merasai sendiri pengalaman bagaimana yang dikatakan bulan madu itu.
5. Memberi perhatian seketika kepada pasangan setelah sibuk membuat persiapan perkahwinan.
Destinasi bulan madu?

Ikutlah bajet! Kalau kaya benor... oversea laa, kan? Tapi, kalau bajet ciput? Alah, di rumah sendirilah sahaja. Asalkan berdua Ehh..hmm hehe!

Untuk pasangan raja sehari aje ke?

Memang la, kan? Tapi sekarang sudah ada trend di mana yang tua, eh bukan...pasangan lama pun teringin nak honeymoon juga. Apa salahnya, iya tak? 

Ia adalah usaha membantu mengukuhkan perkahwinan dan institusi keluarga serta menyegarkan kembali keintiman dan komitmen perkahwinan mereka selama ini. Dalam masa yang sama, inilah masanya mencari waktu yang lebih privasi untuk mereka bersama setelah masing-masing penat menguruskan kerjaya dan keluarga. Kiranya, percutian bulan madu adalah 'hadiah' untuk merehatkan minda dan tekanan, selain dapat mengulit kemesraan selepas bergelar suami isteri.

Jadi, sama ada anda pasangan pengantin baru atau pn pasangan pengantin lama, jika anda ingin honeymoon/bulan madu, silakanlah! Katanya, Pulau Bora-bora is one of the best destinations. Hmm...

================================

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.