apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

8.12.11

Baucer RM200: Bila boleh guna ni?


Assalamualaikum..... 

Budak2 sekolah sudahpun dapat duit RM100 yang kerajaan janji nak beri dalam bajet 2012 dulu. Mungkin ada yang tertanya-tanya, mana dia baucer buku untuk bebudak universiti sebanyak RM200 tu?

Ni dia berita baik untuk anda... baca lagi!

Kata Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi Datuk Ab Rahim Md Noor, baucer buku bernilai RM200 untuk penuntut institusi Pengajian tinggi, boleh mula digunakan pada awal pengajian tahun depan, 

Macam mana cara nak gunakan baucer tu? Ia akan diumumkan oleh Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Khaled Nordin tidak lama lagi.

Kira-kira 1.2 juta pelajar akan menikmati kemudahan itu. 

Dalam Belanjawan 2012, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemberian baucer buku RM200 kepada semua penuntut warganegara Malaysia di institusi pengajian tinggi awam dan swasta, matrikulasi dan pelajar Tingkatan Enam.

Jadi, relaks k! Tak lama lagi tu!

================================

4 ulasan:

  1. ni baucer tuk dak ipta sume la erk..master leh dpt ker?heee

    BalasPadam
  2. @Anonymous, semua pelajar ipta, matrik, t6, swasta...

    BalasPadam
  3. hahah.... pelajar Institut Pendidikan Guru x dpt ker ? huhu

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.