Follow Us @soratemplates

16.12.11

Baucar RM200 boleh diguna mulai 3 Jan, 2012


Assalamualaikum..... 


Baucar Buku 1Malaysia yang dilengkapi ciri-ciri keselamatan bagi mengelakkan pemalsuan akan mula diedarkan kepada semua penuntut IPTA dan IPTS serta semualah yang layak tu, mulai 3 Jan, 2012 Ia berkuat kuasa selama 3 bulan sehingga 31 Mac, 2012. 

Berita baiklah tu, kan? Alhamdulillah!

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin cakap, baucar itu dicetak oleh Percetakan Nasional Malaysia Berhad. 

Mohamed Khaled berkata semua warga negara yang berdaftar sebagai pelajar aktif untuk tempoh Januari-Mac tahun depan di institusi pengajian tinggi awam dan swasta, politeknik dan pelajar Tingkatan Enam, sama ada sepenuh atau separuh masa, layak mendapat baucar itu, yang tempoh sah lakunya adalah dari 1 Jan hingga 31 Mac tahun depan.

Beliau berkata baucar tu boleh ditebus di semua kedai buku yang menyertai program tersebut dan hendaklah digunakan bagi membeli buku-buku akademik, jurnal, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan pengajian masing-masing.

sofi: senyum

sumber: mstar

================================

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.