apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

26.12.11

Banjir di sana sini


Assalamualaikum... 

Anda duduk di mana ya? Johor? Pahang? Terengganu? Sabah? 

Khabarnya keadaan banjir di Johor masih tak berubah2, kan? Malah semakin meningkat!

1. Jumlah keseluruhan dipindahkan meningkat kepada 1,437 orang pagi ini berbanding 1,143 orang malam tadi.


2. Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN), setakat 10 pagi ini, kesemua mangsa ditempatkan di 25 pusat pemindahan dengan 12 di Segamat, tujuh di Mersing dan enam di Batu Pahat. 

3. Jalan tanah merah menuju ke Kampung Orang Asli Peta di Taman Negara Endau Rompin dilaporkan masih terputus hubungan dan hanya boleh dihubungi melalui bot dan pengangkutan udara. 

4. Beberapa batang sungai lagi melebihi paras amaran:  Sungai2 itu ialah Sungai Bekok di Empangan Bekok, Batu Pahat, Sungai Muar di Kampung Awat, Segamat, Sungai Simpang Kiri di Seri Medan, Batu Pahat, Sungai Senggarang, Batu Pahat, Sungai Lenik di Ladang Chaah, Batu Pahat, 


5. Sungai2 ini pula melebihi paras bahaya iaitu Sungai Muar di Bukit Kepong dan Sungai Muar di Buloh Kasap, Segamat.



SANDAKAN merupakan kawasan banjir di mana mangsa banjir dari Kampung Gum Gum yang ditempatkan di pusat pemindahan, semakin meningkat.



Keadaan banjir di daerah Rompin semakin buruk. Bilangan dipindahkan ke pusat pemindahan meningkat malah sebuah lagi pusat pemindahan dibuka malam tadi (jumlah = 5) 


Kampung Mentelong dan Kampung Denai yang terputus hubungan darat selepas jalannya dinaiki air tengah hari semalam, kini sudah boleh dilalui semua kenderaan. 

Terima kasih atas kunjungan anda. Sila like fan page kak sofi dan jemputlah follow blog ni, ya. :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.