Langkau ke kandungan utama

Banjir di Kajang. Hulurkanlah simpati kita bersama

Assalamualaikum.....

Pandemonium as floods hit Kajang






yang ni saja masa banjir dah surut

Gambar-gambar di atas itu adalah gambar kejadian banjir kilat yang bermula jam 3 petang tadi di Kajang, Selangor. Banjir terburuk dalam sejarah bandar Kajang sejak 1971. Waktu itu, tahun 1971, banjir meragut 32 nyawa. Yang ini? Setakat ini, belum ada laporan kemalangan jiwa dilaporkan. 

Tentu banyak kerugian terjadi sebab banjir ini berlaku secara mengejut dan kebanyakan kereta ditenggelami air. Kasihan! Begitu juga, ada kedai dan plaza Metro, yang turut dinaiki air. 

Begitulah, bila ALLAH menghendaki! 

Kepada penduduk Kajang, harap bersabar dan tenangkan hati. 

Apakah yang kita ucapkan jika mendengar musibah menimpa saudara kita. 

Kalau tak silap, 

Innalillahiwainnailaihiroji'un...

video ni dirakam oleh Sia Yaw Cho


Di atas ialah video yang dirakam. Kelihatan seorang wanita yang terperangkap di atas Van, cuba diselamatkan oleh orang ramai dengan menaiki tangga ke tingkat atas sebuah bangunan. 


ps: Masa berita tadi, tengok Sarborn ingat kat China rupa di Kajang aje.. betapa tak prihatinnya aku. Haih!




================================

Ulasan

  1. salam

    Allahu akbar!!!

    kekuasaan Allah dan peringatan kepada kita jua.. :)

    BalasPadam
  2. naim, ya, kita ambil iktibar dari perisitiwa ini. Ingat Dia yang Maha Berkuasa...

    BalasPadam
  3. x sangka kajang banjir..
    dah lama benar tak berlaku banjir kat situ..
    allahuakbar...
    peringatan dari ALLAH supaya kita mengingati-Nya...
    innalillahi wainna ilaihi rajiun buat semua yg terkena musibah ini..
    al-fatihah...amin~

    BalasPadam
  4. Ad_dEen, itulah ujian namanya, kan?

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…