apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

15.12.11

Anda minat Siti Nurhaliza? Diakah Siti yang patut anda contohi?

Assalamualaikum..... 

Faizah Abu Bakar mencoretkan di facebook.... kini aku lampirkan untuk anda smua...

Nama anda bermula dengan Siti? Siapa nama anda? Siti Sarah? Siti Aida? Siti Nurhaliza? 

Kepada Siti-siti semua di luar sana.... meh kita tengok, Siti manakah yang terbaik untuk kita contohi mereka. 

9 ORANG "SITI" YANG PERLU DIJADIKAN CONTOH OLEH WANITA MUSLIMAH KITA HARI INI

1) Siti Khadijah
- Beliau merupakan isteri Rasulullah SAW yang melahirkan anak2 Rasulullah SAW, setia dan menyokong Rasulullah SAW walaupun ditentang hebat oleh orang2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kepada Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.

2) Siti Fatimah
- Puteri Rasulullah SAW yang tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kepada suaminya Ali Karamallahu Wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kadang2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah SAW pernah berkata: 
"Aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu."
3) Siti Aishah
- Beliau ialah isteri Rasulullah SAW yang paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dengan Rasulullah SAW. Di mana Nabi SAW minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yang sama.

4) Siti Hajar
- Isteri Nabi Ibrahim AS yang patuh kepada suami dan suruhan Allah SWT. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim AS atas suruhan Allah SWT demi kebaikan. Berjuang mencari air untuk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorang ibu mithali).

5) Siti Mariam
- Wanita suci yang memang pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yang tinggi sehingga rahimnya dipilih oleh Allah SWT untuk mengandungkan Nabi Isa AS.

6) Siti Asiah
- Isteri Firaun yang tinggi imannya dan tidak gentar dengan ujian yang dihadapinya daripada Firaun Laknatullah.

7) Siti Aminah
- Wanita mulia yang menjadi ibu kandung Rasullullah SAW. Mendidik baginda menjadi insan yang mulia.

8) Siti Muti'ah
- Isteri yang patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kepada suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat untuk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dengan cantik untuk tatapan suaminya sahaja.

9 ) Siti Zubaidah
- Wanita kaya dermawan yang menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya untuk membina terusan untuk kegunaan orang ramai hanya niat kerana Allah SWT.

So, jangan lagi ikut-ikutan Siti yang lain, dong.. hehe...

 ================================

2 ulasan:

  1. contohi siti nurhaliza?
    = TAK PERLU/JANGAN
    sekian...:)

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.