apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

8.12.11

Ada dua hari lagi! Jangan lupa!


Assalamualaikum..... 

Kalau anda seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada anggota keluarga yang tinggal serumah, dan mempunyai pendapatan kasar isi rumah RM3,000 dan ke bawah, maka anda layak memohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500.

Menurut Kementerian Kewangan maksud daripada ayat di atas ialah individu-individu:
1. yang sudah berkahwin
2. ibu/bapa tunggal yang mempunyai tanggungan
3. bujang yang mempunyai tanggungan
4. warga emas (berumur 60 tahun dan ke atas) yang hidup sebatang kara.

Ada seramai 5.2 juta isi rumah dijangka layak menerima bantuan RM500 sekali bayar itu dengan kos RM2.6 bilion yang boleh mula mendaftar permohonan BR1M pada 10 Disember ini hingga 10 Januari, 2012.

Borang pendaftaran boleh didapati secara percuma di:
1. Jabatan Pembangunan Persekutuan
2. Jabatan Penerangan Malaysia
3. Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
4. Akhbar-akhbar.

Borang yang lengkap diisi perlu diserahkan kepada:
1. Jabatan Pembangunan Persekutuan/Negeri
2. Jabatan Penerangan
3. Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat LHDNM.

Permohonan yang berjaya akan dimaklumkan melalui surat dan pembayaran akan dibuat mulai pertengahan Januari 2012.

================================

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.