apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

22.12.11

35 tikaman di seluruh badan menyebabkan kematiannya!!


Assalamualaikum..... 

Tidakkah kasihan kepadanya? Apakah perasaan ketika anda membenakan pisau ke merata-rata tempat pada tubuhnya? Yang boleh aku katakan ialah anda manusia yang sangat kejam!!!

Dia, wanita dalam gambar di sebelah itu ialah seorang kerani kanan sebuah bank. Dia ditikam dengan objek tajam 35 kali di seluruh tubuh termasuk lengan kiri, paha, bahu, rusuk dan belakang badan  sehingga dia cedera parah. Namanya, Rozana Mohd. Yusak, 35. 

Kejadian pukul 1.55 pagi berlaku di tingkat satu sebuah rumah kedai dekat Jalan Puncak Desa Kepong. 


Penyerang yang dikenali Rozana itu dipercayai terus melarikan diri bersama beberapa dokumen penting termasuk MyKad mangsa. 

Selepas ditikam, wanita itu yang sedang nazak di ruang tamu kemudian menggagahkan diri pergi ke tingkap depan rumahnya sebelum menjerit meminta tolong. Seorang lelaki yang terdengar jeritan sayu itu menghubungi polis dan ambulans.

Rozana bagaimanapun disahkan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Selayang 15 minit kemudian.


Gambar menunjukkan kesan darah pada lantai dan kain milik mangsa masih kelihatan di rumah Rozana.

Takziah kepada keluarga mangsa.....

sumber......   metro dan kosmo

===============================

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.