Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2011

Perempuan suka, lelaki benci! Apa dia?

Assalamualaikum... 
Cuba teka, apa yang perempuan suka tapi lelaki benci? Banyak? Janganlah! Kita cuma nak fokus pada satu benda sahaja. Iaitu solekan. Alah... mekap!
Anda suka mekap? Solekan anda dalam kategori macam mana? 
Yang ini? Atau ini?
Ini ada tips untuk anda bila anda nak pergi kerja mulai 2.1.2012 nanti. Iyalah, kan... cuti panjang hujung minggu ni, kita nak ingat semula resolusi kita yang banyak terbiar. Dan, bagi yang belum bertemu jodoh, tentu teringin nak dapat satu, iya tak? Habis, kalau wajah kusam saja, apa hal pulak? Tapi, kalau mekap sampai tak hengat dunia... apa kes..
So sedang2 saja, okey! 1. Jangan pakai foundation tebal sangat sehingga bedak seolah2 1 inci tebalnya di muka. Dah macam jatuh dalam tepung, apa kes?
2.  Katanya, lelaki tak suka perempuan (ni bagi yang tak bertudung) dan bubuh gunung atas kepala. Maksudnya...bubuh sanggul tinggi2 kut? Haha...
3. Bibir warna neon... Tadaa... 4. Kening nipis sesangat macam ni.. 5. Eye shadow biru...  Banyak lagi lah... Kalu anda …

Yang Terakhir 4

Assalamualaikum... ikuti sambungan Yang Terakhir...

4
“Kenapa awak kahwin dengan saya? Kenapa pilih saya? Kenapa saya?”
Khairi Iqbal tidak menyahut kesemua soalan. Dibiarkan sahaja kerana dia berasa terlalu letih dan tubuh badannya sudah dirasakan melekit dengan kemeja yang melekat pada tubuh.
“Awak, saya tanya awak ni! Tolong jangan buat tak dengar, boleh tak?”
Getaran dalam nada suara menyebabkan Khairi Iqbal menoleh. Buat pertama kali baru dia perasan akan kehadiran si dia. Dia yang kini sudah bergelar isterinya. Dia yang kini sedang memandangnya dengan sepasang mata yang berkaca.
Tidak lama masa yang diatur untuk membolehkan dirinya memperisterikan Izzatul Najiha. Seminggu selepas kenduri arwah itu, dia menghantar rombongan meminang Najiha. Beberapa hari selepasnya, dia dan Najiha sama-sama mengikuti kursus perkahwinan. Hari ini, selepas genap sebulan dia meluahkan hasrat, mereka sudah pun sah bergelar pasangan suami isteri. Meskipun dibuat dalam keadaan yang agak tergesa-gesa, semu…

Perkara2 Baru Sempena 2012. Ketahuilah!

Assalamualaikum... 
Ada beberapa perkara yang anda harus tahu dengan tibanya tahun 2012 nanti. Sebenarnya, bukan setakat tahu sahaja malah kena berhati-hati juga. 
Contohnya, mulai 2012, anda yang duduk di seat belakang sesebuah kereta yang gagal patuh arahan penguatkuasaan pemakaian tali pinggang keledar belakang, yang berkuat kuasa mulai 1 Januari ini, akan dikenakan kompaun RM300.
2. Bagi peniaga makanan khususnya pula, tahukah anda bahawa arahan penyeragaman logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia juga berkuat kuasa mulai 1 Januari 2012 ini? 
3. Pelaksanaan kadar caruman majikan sebanyak 13 peratus bagi pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja yang dapat gaji bulanan kurang daripada RM5,000 pun akan mula berkuat kuasa.
4. Mulai 3.1.2012, seramai 1.3 juta penuntut institusi pengajian tinggi tempatan dan pelajar T6 sekolah menengah, akan dapat baucar buku RM200.
5. Mulai tahun 2012 juga, Pendidikan Keselamatan Jalan Raya bakal dilaksanakan di sekolah-sekolah menengah.
6. Lepas ni, mulai …

Yang Terakhir 3

Assalamualaikum... 

Betapa gementarnya perasaan. Nak tahu kenapa? Kerana bukan satu tetapi dua jejaka datang bertamu ke rumah Izzatul Najiha pada tengah hari Ahad itu. Kali pertama, mula-mula, Najiha dikejutkan apabila ibunya memperkenalkan seorang kawan rapat yang bernama puan Saliha. Ketika bersalaman, Najiha tergamam mendapati Amir Fikri berdiri teguh di sisi wanita itu. Rupa-rupanya, Amir Fikri ialah anak puan Saliha. Hati Najiha bergetar bagai nak rak meskipun lelaki itu tidak langsung mengukir senyum. Malah hendak menegur dirinya pun tidak. Seolah-olah, Amir Fikri tidak tahu yang mereka bekerja satu pejabat. Seolah-olah, Amir Fikri tidak mengenali dirinya. Kenapa ya, sikap lelaki itu begitu? Hati tertanya-tanya. 
Hati diulit keriangan kerana dia memahami isyarat mata yang ibu dan ibu Amir Fikri berikan kepadanya. Oh, alangkah bahagia jika impian menjadi nyata, fikirnya. Tapi, risaulah pula bila melihat gelagat Amir Fikri yang seolah-olah kurang senang dengan situasi itu. Anak…

Shamsulbahrin Ismail... jom ketahui tentang dia!

Assalamualaikum... 
Kalau anda seorang blogger, anda tentu nak tulis sesuatu di blog yang merupakan trend terkini blogger2 lain juga. Maksudnya, anda pasti mahu menyaingi isi dan  apa yang disampaikan oleh blogger lain. 
Misalnya, untuk hari ini, nama lelaki dalam gambar di sebelah adalah niche yang berada di kedudukan nombor satu dalam yahoo search. Kalau anda mahu orang datang ramai ke blog anda, maka menulis tentang lelaki bernama Datuk Shamsulbahrin Ismail, insyaALLAH, akan berjaya menarik perhatian ramai blogger ke laman sesawang milik anda. 
Siapakah lelaki ini? Siapakah Datuk Shamsulbahrin Ismail? Dialah lelaki yang didakwa Atas Dua Pertuduhan Menipu Pengerusi NFC, suami si Shahrizat Jalil tu. Baru pertuduhan.. jadi kita baca ajelah.. jangan menghukum atau naik hantu, k!
Oleh M. MAGESWARI
KUALA LUMPUR: Ahli Perniagaan Datuk Shamsulbahrin Ismail didakwa pada Jumaat atas dua pertuduhan menipu Pengerusi Pusat Fidlot Nasional (NFC), Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail.
Shamsulbahrian yang j…

Maaf....

Assalamualaikum...  Maaf... mungkin selama ini aku bukanlah sahabat yang baik maaf juga... mungkin selama ini aku sering melalaikanmu maaf lagi... mungkin selama ini aku membuat kau rasa tersisih maaf juga.... mungkin selama ini ada bicaraku yang pedih menghiris maaf sunggguh.... mungkin selama ini aku sering tidak memahamimu maafkanlah...... aku hanyalah hamba yang biasa kerana kelemahanku itu sering aku panjatkan doaku buatmu agar ALLAH selalu menyayangimu kerana siappun kamu kamu itu sahabatku selamanya......
aku dapat in dari kiriman seorang teman dan kupanjangkan untuk anda semua. hayatilah....
Terima kasih atas kunjungan anda. Sila like fan page kak sofi dan jemputlah follow blog ni, ya. :)

Macam-macam cara nak ajak kahwin, tau!

Assalamualaikum...

Ada macam-macam cara nak propose pada kekasih hati. Nak pujuk dia agar mahu kahwin dengan anda. Kalau anda kekurangan idea, di sini ada satu cara yang gempak. Even, Ryan Seacrest pun sukakan cara yang ini. Kenal ke Ryan Seacrest? Alahh, si hensem pengacara American Idol tu??

Okey, cara yang anda akan lihat dalam video nanti memanglah bukan cara yang biasa diamalkan oleh orang Islam, k! Ini cara orang barat tapi enjoylah tengok video ni. untuk suka2 saja, ya!





Meme Proposal | Tim * Audrey from Crazy Monkey Studio on Vimeo.

 Terima kasih atas kunjungan anda. Sila like fan page kak sofi dan jemputlah follow blog ni, ya. :)

Yang Terakhir 2

Assalamualaikum...
................
2

“Jauh termenung anak mak ni. Kenapa?”

Mendengar suara ibunya, Najiha segera berkalih. Sejuk hati memandang seraut wajah yang bersih dan tenang itu. Kata saudara mara, dia tidak mewarisi kecantikan dan kelembutan ibunya. Dia lebih banyak mengikut sebelah ayahnya. Sebab itu tindakannya selalu spontan dan berani.

Tindakan spontan dan berani? Hmm, dia sudahpun melakukannya! Kepada satu-satunya lelaki yang paling celopar, pernah ditemuinya. Kepada satu-satunya lelaki yang perasan bagus sehingga lelaki itu menyangka semua orang akan jadi Pak Turut, patuh mengikut telunjuknya!

Bagaimanakah keadaan lelaki bernama Khairi Iqbal bin Datuk Salih itu sekarang? Terkejutkah agaknya melihat gadis yang menggantikan tempatnya? Ataukah.... suka?

“Awak ni pelik, Najiha. Kan dia dah ajak awak tu? Kenapa awak minta saya gantikan tempat awak pula?”

Najiha tatap wajah si jelita di hadapannya. Hati dipenuhi persoalan tentang sikap dan perangai lelaki itu. Mengapakah peremp…

Yang Terakhir 1

Assalamualaikum...  ..................... 1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” 
tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul! 
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga. 
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng. 
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!” 
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat…

Cinta Tidak Berbalas? Kesiannya!

Assalamualaikum... 

Jom kita fahami mengapa cinta tidak berbalas...
1. Cinta Tanpa Sedar 
- Ibarat bercinta dalam diam, memendam rasa tanpa luahan yang menyukarkan yang dicinta menyedari dirinya dicintai. Jika dibiarkan berpanjangan, lebih-lebih lagi jika anda begitu memuja dirinya. 
Apa perlu anda buat? 
Langkah terbaik ialah beranikan diri untuk berhadapan dengan si dia dan cuba tawan dirinya. Ia boleh dilakukan secara evolusi dan revolusi, cuma masa yang menjadi penguji kesabaran anda. 
2. Cinta Tidak Diundang
- Seperti juga berkunjung ke rumah orang tanpa mendapat undangan dari tuan rumah. 
Hal yang sama dengan cinta, di mana luahan cinta kita sememangnya tidak diperlukan di pihak yang empunya diri. Barangkali dirinya belum bersedia. Namun tidak salah untuk mencuba, ibarat mengalah untuk menang, apa salah untuk tebalkan muka seketika jika penamatnya kita bahagia. 
Tetapi bagaimana jika penamatnya.... menyedihkan? 
3.Cinta Terisi
- Kita mencintai kepunyaan orang. 
Ramai juga yang berjaya memet…

Yang Terakhir.....

Assalamualaikum...


Nantikan kemunculannya, ya!
 Terima kasih atas kunjungan anda. Sila like fan page kak sofi dan jemputlah follow blog ni, ya. :)

Jom berkongsi!

Assalamualaikum... 
Waktu pagi begini, aku suka tengok FB. Dan antara yang memenuhi wall termasuklah daripada Zainab Ngah. Pagi ni dia kongsikan apa yang dia dapat daripada  Zuraimi Remy's photo.
Salam ya akhi...Nabi saw bersabda, "Ketika aku sedang berdiri di tepi telagaku (al kautsar pd hari Kiamat) sambil menunggu orang2 yang datang untuk meminum daripadanya, maka tiba2 sahaja ada orang2 yang 'disekat' daripada sampai ke sisiku. Lalu aku berkata, "Bukankah mereka itu juga dahulunya daripada umatku?"  Maka dikatakan padaku (malaikat):  "Ya benar! Tetapi engkau tidak mengetahui bahawa mereka setelah itu kembali ke belakang (berpaling tadah atau meninggalkan ajaranmu)."  - hadith riwayat Bukhari
Begitulah hadis yang menceritakan bagaimana ada di kalangan orang2 yang akan disekat dari minum air telaga "al kautsar". Telaga ini luasnya beribu2 batu dan bilangan gelasnya lebih banyak dari bintang di langit. Namun begitu ada orang yabg akan disekat..…

Cinta pemadam...

Assalamualaikum...
Ini ialah DIALOG CINTA... 
Pensel : Saya minta maaf. 
Pemadam : Untuk apa? Awak tak buat salah pun. 
Pensel : Saya minta maaf kerana disebabkan saya, awak cedera. Setiap kali saya buat silap, awak pasti berada di situ untuk membetulkan kesilapan saya. Tapi setiap kali awak memadam kesilapan saya, awak kehilangan sebahagian dari diri awak. Awak menjadi semakin kecil. 
Pemadam : Itu betul, tapi saya langsung tak kisah tentangnya kerana saya dibuat untuk membetulkan kesilapan yang awak buat. Walaupun suatu hari nanti saya tahu yang saya pasti akan hilang, saya berbangga dengan apa yang saya buat ini. Jadi, janganlah risau. Saya tak mahu melihat awak bersedih... 
Hebat kan cinta pemadam kepada pensel? Bagaimana dengan cinta sesama manusia? Hmm..

Terima kasih atas kunjungan anda. Sila like fan page kak sofi dan jemputlah follow blog ni, ya. :)

Dari goalie jadi cover boy.. Hmmm

Assalamualaikum...
Nampak terlebih matanglah pulak budak sorang ni...Haiii...h Memang glamour lagi kot... maklumlah dah masuk dalam majalah glam.  Laris macam goreng pisang panaslah majalah ni keluaran bulan satu, 2012.  Entah-entah ada yang tak tidur malam.. huhu...
 Terima kasih atas kunjungan anda. Sila like fan page kak sofi dan jemputlah follow blog ni, ya. :)

Comey nyer anak Dr Sheikh Muzaffar. Tengok ni!!

Assalamualaikum...  jom kita tengok anak sheikh muzaffar dengan dr harlina yang comey lote...
Mak pak comel, cute, hensem, menawan..haha... Anak?  Rasa nak cubit2 pipi dia, kan? comeynyerrr! Sapa nama? nama saya.. sophea isabella..  waduhhh!!! sedapnyerrr mak dia senyum, dia pun senyum jugak! ayah dia fikir nak ke angkasa lepas lagi, dia pun fikir jugak..  tapi dia nak ke mana, ek? ooo...nak pergi bidor saja..... ok gud niteee...
foto ehsan daripada blog ini...
 Terima kasih atas kunjungan anda. Sila like fan page kak sofi dan jemputlah follow blog ni, ya. :)

Hasil Rundingan JPA - Cuepacs

Assalamualaikum... 

Nak bagitahu beberapa pindaan segera untuk menambah baik Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA). Semuanya hasil rundingan lebih empat jam antara Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), yang turut dihadiri Ketua Pengarah JPA Tan Sri Abu Bakar Abdullah.
Antara pindaan itu ialah: 1.Markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) dikurangkan daripada 75 peratus kepada 65 peratus untuk kenaikan gaji. 2. Markah 'Exit Policy' dikurangkan daripada 70 peratus kepada 60 peratus, dan tempohnya dilanjutkan daripada enam bulan kepada 12 bulan. 3. JPA dan Cuepacs setuju mengadakan rundingan bersama setiap tiga bulan bagi membuat semakan dan kajian menyeluruh untuk menambah baik SBPA. 4. JPA bersetuju melanjutkan tarikh penerimaan tawaran opsyen SBPA bagi penjawat awam sehingga 15 Jan 2012. 5. Tempoh penerimaan opsyen bagi umur persaraan pada 60 tahun kekal pada 30 Dis ini.  - BERNAMA RUJUKAN: mstar

 Terima kasih atas kunju…

Tak Kendur Punya!! Huhu...

Assalamualaikum...
Kata Mohd Nor Idris dalam status FBnya, 


Apakah tanggungjawab ibu selepas melahirkan bayinya? 
Jawapan:
Tanggungjawab utama ialah menyusukan bayi tersebut dengan susu badan. ini berdasarkan firman Allah SWT:  Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang hendak menyempurnakan penyusuan itu: dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). Kemudian jika keduanya (suami isteri) mahu mengh