Follow Us @soratemplates

30.11.11

Tiga beradik diserang sakit jantung serentak, dua mati...


Assalamualaikum..... Sebelum anda teruskan bacaan, harap anda sudi undi dalam memilih Zharif atau Afif di 'poll' sebelah, okey! TK.
..........................
Kadang-kadang, kedengarannya aneh tapi, kerana kita tahu bahawa dalam hidup ini tidak ada benda/peristiwa yang mustahil, maka kita pasti ternganga mulut sambil bertanya... Betulkah?


Di ROME, awal pagi tadi, 30 Nov, 2011, seramai tiga orang adik beradik mengalami serangan sakit jantung serentak. Serangan sakit jantung itu membunuh dua daripada mereka sementara yang seorang lagi sempat diselamatkan. Lapor akhbar harian Corriere della Sera, hari ini.

Guido dan Alberto Garofalo sedang menyertai piknik keluarga Ahad lalu di kawasan hutan di Gunung Berapi Etna, Sicily apabila Guido, 45, diserang sakit jantung lalu meninggal di tempat kejadian.

Abangnya, Alberto, 54, berlari ke arah adik lelakinya itu dan turut menerima serangan jantung kerana terlampau sedih dengan kematian adiknya lalu meninggal dunia di tempat yang sama.

Adik lelaki mereka, Salvatore yang sedang melawat ibu mereka di hospital di bandar Catania, Sicily turut diserang sakit jantung secara tiba-tiba pada hari yang sama.

Dia yang tidak mengetahui malang yang menimpa abang-abangnya itu terus di bawa ke bilik rawatan kecemasan dan doktor berjaya memulihkannya. - AFP

Jomlah kita imbas sekejap apa itu sakit jantung, okey!

SAKIT JANTUNG

Jantung bekerja untuk mengepam darah. Apabila otot jantung tidak mendapat bekalan darah yang cukup, seseorang itu dikatakan mengidap sakit jantung. Antara penyebab bekalan darah ke otot jantung tidak cukup, ialah:
saluran darah menjadi sempit kerana dinding sebelah dalam saluran darah dipenuhi lemak, terutamanya "kolesterol".
Serangan Penyakit Jantung

Penyakit jantung ialah rasa sakit yang amat sangat di bahagian dada secara berterusan sehingga setengah jam, menjalar ke arah tangan kiri dan rahang. Pesakit susah nak bernafas dan diserang rasa takut yang keterlaluan. Sakit tu disebabkan oleh salur darah yang tersumbat. Lebih besar salur darah yang tersumbat, lebih merbahaya serangan jantung tersebut. Sekiranya saluran darah tertutup sepenuhnya, sebahagian dari otot jantung akan rosak. Kemudian, sakit dada yang teramat sangat akan terjadi. Keadaan inilah yang dinamakan "serangan sakit jantung".

Faktor Penyebab

1. Asap Rokok
2. Mempercepatkan pembekuan darah
3. Menggalakkan pemendapan lemak pada dinding saluran darah.
4. Mengurangkan bekalan oksigen ke jantung.
5. Tekanan Perasaan
6. Seseorang yang mengalami tekanan perasaan, degup jantungnya, meningkat.
7. Tekanan darahnya juga meningkat.
8. Kandungan Lemak Yang Tinggi
Lebih tinggi kandungan lemak, lebih berbahaya. Makanan yang tinggi lemak, adalah seperti mentega, minyak sapi, daging berlemak.
9. Kurang bersenam
Senaman penting untuk menguatkan jantung. Ia juga penting untuk memperbaiki pengaliran darah ke jantung. 
10. Darah Tinggi
Darah tinggi menggalakkan berlakunya penyempitan saluran darah. Jantung "terpaksa" mengepam lebih kuat untuk mengalirkan darah melalui saluran yang sempit itu. Lebih tinggi tekanan darah, lebih besar pula peluang serangan sakit jantung.
11. Kencing Manis
Pesakit kencing manis lebih tinggi peluangnya mendapat serangan sakit jantung
Faktor-Faktor Yang Meningkatkan Kemungkinan Menghadapi Penyakit Jantung Koronari:

1. Jika anda mempunyai keturunan yang mengidap penyakit jantung.
2. Jika anda berusia 35 tahun ke atas dan mempunyai masalah berat badan.
3. Jika anda merokok.
4. Jika anda gagal mengawal tekanan darah anda.
5. Jika anda mengidap penyakit kencing manis.
6. Jika anda menghadapi masalah mengawal tekanan.
7. Jika pemilihan makanan anda tidak betul (makanan anda mengandungi kadar kolesterol dan lemak yang tinggi)
8. Jika anda kurang bersenam.
9. Jika anda kurang memakan sayur dan buah segar.

Mengurangkan Risiko Sakit Jantung

Anda boleh memastikan sama ada keluarga sebelah ibu atau sebelah bapa anda ada yang menghidap penyakit jantung. Sekiranya ada, anda perlu lebih berwaspada dengan tanda-tanda penyakit jantung dan digalakkan menjalani pemeriksaan tahunan.

Berhenti merokok terutama sekiranya anda berusia melebihi 35 tahun.

Mengambil ubat dan mengawal permakanan anda sekiranya anda mempunyai tekanan darah tinggi atau kencing manis.

Mengawal tekanan perasaan anda dan jangan cepat meradang atau runsing.

Digalakkan memakan daging putih "white meat" seperti daging ayam, ikan, dan mengelakkan dari terlalu kerap memakan daging merah "red meat" seperti daging lembu, kambing, kerbau dan lain-lain sepertinya.

Mulalah bersenam secara beransur-ansur.

Gentian serat yang terdapat dalam makanan dipercayai boleh menyerap sebahagian dari lemak / kalesterol, oleh itu pakar permakanan mempercayai makanan yang banyak serat seperti bijiran oat dapat mengurangkan jumlah kalesterol yang diserap oleh badan.

maklumat diperolehi daripada:

==========================================================

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.