Langkau ke kandungan utama

Teringin 5




“Orang tengah marah, dia gelak pula! Kena sawan ke?” 

Nursyahirah sengaja meninggikan suara. Geram punya fasal, kan? Nanti, bila dah dapat kunci dan dah duduk dalam kereta, baru minta maaf, hati berbisik. 

“Comellah isteri abang bila jeles!” 

Nursyahirah rasa hendak menjerit menangani sikap Zariel yang masih mahu bergurau senda dengan dia. Sakit hatinya, tidakkah Zariel faham-faham lagi? Cemburu? Kenapa dia cemburu? Zariel tidak pernah mengaku mencintainya dan dia? Cintakah dia kepada lelaki ini? 

“Dahi tu dah berkerut pula! Kenapa? Tak tahu isi hati sendiri? Abang boleh beritahu pada Ira. Masa kecil-kecil dulu, Ira dengan abang macam belangkas. Ira suka sangat ikut abang ke mana saja abang pergi. Tiap kali mama usik, Ira mesti cakap.... 
Ira nak kahwin dengan abang Zariel. Ira sayang abang. Abang pun sayang Ira jugak. Kan, bang?
Ira hanya akan berhenti menangis bila abang mengangguk, kan?” 

Nursyahirah menggelengkan kepala. “Itu cerita lama. Zaman budak-budak!” balasnya. 

“Tapi, budak perempuan tu sangat marah kalau abang bawa gadis lain masuk dalam rumah ni. Berhari-hari dia akan merajuk dan menangis di rumah dia sehinggalah abang pujuk dia, kan?” Zariel mengingatkan. 

Wajah tampan itu ditatap. 

“Orang dah lupa semuanya.” 

Jawapan yang menyebabkan Zariel membetulkan dirinya. Kini dia sedang berdiri tegak, tinggi di sisi isteri. “Hmm...” Zariel terangguk-angguk. 

Kebisuan membuat hati tidak tenteram. Nursyahirah mendongak menatap wajah suaminya bersama soalan, “Awak nak apa lagi? Kan awak dah ada semua. Harta, wang, mama, isteri... tak cukup lagi? Kenapa cari saya? Dah tiga tahun. Jangan bagi alasan yang awak sayang, cinta... Tu semua saya tak boleh percaya sebab tiga tahun tu lama, tahu!” 

Zariel kembali menyengih. “Marahlah ni? Bahasa pun dah tak tentu arah. dah berawak-saya... kenapa? Marah sebab abang tak jemput tuan puteri balik dan menunggu sampai tiga tahun, macam tu?” 

Melihat Nursyahirah yang diam, Zariel terus meminta maaf. Perbuatan yang menyebabkan si isteri mendongak. 

“Maafkan abang. Sebenarnya, abang baru sembuh. Abang terjatuh di tapak pembinaan. Dekat dua tahun jugak mama dengan adik abang, anak mak cik Qaniah, Zafril, bawa abang berubat ke merata-rata.“ 

“Abang lumpuh? Abang jatuh, abang lumpuh dan abang tak bagitahu Ira?” 

“Abang nak sangat jumpa Ira. Abang nak cari Ira tapi abang tak boleh ikut perasaan. Abang tak pasti sama ada Ira sudi terima abang dalam keadaan cacat. Abang lumpuh dari pinggang ke bawah, Ira. Rasa rendah diri, pesimis, takut, semua menyerang perasaan abang. Masa tu abang depress sangat. Sangat tertekan. Tapi, alhamdulillah, berkat usaha semua orang, mama, adik abang... dan kerana tawakal... berserah kepada TUHAN selepas kami berusaha, abang bagai yang Ira nampak sekarang. Sihat dan kuat!” 

Boleh lagi tu melawak! Nursyahirah menjuihkan bibirnya. Namun, dalam hati, rasa sedih pula. Suami sakit namun diri tiada di sisi. Menyepi sehingga tidak dapat dicari. Memang nyata, dia bukanlah seorang isteri yang baik. Bertuahlah wanita yang ada di dalam rumah tu. 

“Bila Ira menung macam tu, abang tahu, Ira mula memikirkan yang bukan-bukan. Betul, tak?” 

Sebuah keluhan, sebuah kesalan, terlontar. Sepasang matanya berkaca menatap wajah suami yang menanti jawapan darinya. 

“Ni, apasal menangis pula?” Zariel bertanya sambil mengelap air mata yang tumpah di pipi. 

Sedihnya! Sedihnya bila Zariel berkata begitu. Tangisan terus menjadi esakan. Di dada suami, segala kesedihan turun bersama air mata yang berjuraian. 

“Ira tak tahu, bang. Ira tak tahu. Kalau Ira tahu, Ira tak akan tinggalkan abang. Sumpah, Ira akan bersama-sama abang, tak kiralah abang sihat ke, sakit ke, tegap ke, atau dah tak berdaya. Ira pergi sebab Ira malu. Malu dengan semua yang Ira dapat. Malu bila ira sangka abang tak mahukan Ira bila abang marah mama. Ira harap, bila Ira pergi, abang akan bahagia. Abang bahagia, kan? Abang dah sihat. Abang dah ada isteri. Abang bakal...” 

Zariel meletakkan jari telunjuk pada bibir isterinya. 

“Abang tak bahagia sebab isteri abang jauh dari abang. Dia jauh dari cinta abang. Abang tak diberi kesempatan untuk ucapkan abang cintakan dia. Dia dah merajuk tinggalkan abang.” bisiknya. 

Dahi Nursyahirah berkerut, “Bukan isteri yang itu yang Ira maksudkan.” tukasnya. 

Zariel tersengih. “Habis tu, siapa?” 

“Abang tahu siapa!” 

“Tak!” 

“Abang!!” 

Zariel membuat isyarat seperti cuba mengingatkan Nursyahirah supaya tidak menengking. “Tak baik, tau!” 

“Abanglah tak baik. Dah tahu, buat-buat bodoh pula!” Nursyahirah masih membalas. 

Zariel terus ketawa. “Abang nak Ira yang luahkan!” 

Nursyahirah hentak kaki. Geram lagi! “Okey, siapa perempuan yang mengandung kat dalam rumah tu? Bukan dia isteri abang ke?” 

Pada waktu itu sebuah kereta memasuki pekarangan rumah. Seorang lelaki keluar dari kereta tidak lama kemudian. Pada waktu yang sama, Nursyahirah ternampak perempuan mengandung itu keluar dan menyalami tangan lelaki muda berbaju kemeja biru dan lelaki itu terus sahaja mengucup dahinya. Kedua-duanya kemudian bergerak menghampiri Zariel dan Nursyahirah. 

“Maaf, tadi, saya nak jelaskan tapi kakak nampak macam tak mahu mendengar. Abang Zariel pulak geleng kepala. Sebab tu saya diamkan diri.” Wanita itu memberitahu sambil tersipu-sipu malu. 

Lelaki muda yang wajahnya mirip Zariel itu tersenyum ke arah Nursyahira. 

“So this is the lady? Patutlah abang begitu bersungguh-sungguh nak berubat. Ke mana yang kami tak pergi, kak Ira? Last-last, abang terjumpa kawan dia, seorang doktor di Subang Jaya Medical Center. Dr Alif berikan alamat Dr Norman, di London. Dr Norman tu pakar fisio dan saraf. Hampir 7 bulan abang dengan mama duduk menetap di sana. Bila dia balik, terkejut kami tengok. Siap ada six-pack abdomen lagi!” Ramah Zafril membuka bercerita. 

“Ada orang tu ingat abang bakal jadi ayah, tahu!” Zariel menyindir isterinya. 

Hahaha.... 

“Amboi amboi? Mama punyalah risau kat dalam, korang siap gelak ketawa di luar ni, ya?” Puan Naimah menegur dari muka pintu utama. 

"Yalah, mama. Kami nak masuk ke dalam ni!"

Zariel menarik tangan isterinya untuk masuk semula ke dalam rumah. Di belakang mereka, Zafril tersenyum merenung isterinya. 

“Abang dengan kak Ira tadi tu nak ke mana?” tanya Zafril.

“Zafril, abang kejar Ira, sebab dia nak tinggalkan abang lagi. Tapi rasanya tak jadi, kut. Sebab dia dah tahu yang isteri abang sorang aje! Bukan dua!” Zariel mengusik lagi. Hisy, sejak bila agaknya Zariel menjadi seorang yang suka bergurau? 

Malas melayan gurauan suaminya, Nursyahirah mendapatkan birasnya. “Sebab dia, kita masih belum berkenalan. Siapa nama?” 

“Ira...” 

“Ira juga?” 

Ketawa semakin riuh. Kepala terangguk-angguk semuanya. 

“Ira Fazira. Mak minat sangat dengan Erra Fazira agaknya. Tapi di pejabat pendaftaran, silap eja.. Erra jadi Ira.” 

Nursyahirah mengekeh ketawa. Bahagia bersama-sama satu-satunya keluarga yang dia ada. Ketika suami merenung wajahnya, masa seakan-akan terhenti. Kedukaan hilang bila kebenaran tersingkap. Keluh kesah tiada lagi. Hanya kebahagiaan kini!


Ulasan

  1. hrp2 ni bkn bab akhir

    BalasPadam
  2. cikgu sofi dah habis eh? ni last?

    BalasPadam
  3. @ Anonymous, esok last, insyaallah, ada gathering n surprise for u all.. hehe

    BalasPadam
  4. waa....
    comel2...
    1 2 3 4 5....
    skang tunggu 6 7 8 9 10 dan seterusnya plak..
    hehe..
    best kak sofi..

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  6. alah...
    ira jeles rupanya...
    best2x...

    BalasPadam
  7. miznza84, belum, nza... insyaallah, satu lg n3 k!

    BalasPadam
  8. Ad_dEen... xde, cuma satu lagi jekk esok insyaallah..

    BalasPadam
  9. best cter nie..
    ;;)

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…