Langkau ke kandungan utama

Teringin 4

4

Nursyahirah sudah terduduk di atas lantai. Hilang sudah rasa malu bila hati sedang penuh dengan rasa marah. Kesakitan selama bertahun-tahun bersulam dengan kesakitan masa kini buat diri jadi tidak berdaya.

Lailahaillaanta subhanaka inni kuntuminazzolimin..... Tidak ada TUHAN yang berhak disembah selain ENGKAU, maha suci ENGKAU, sesungguhnya aku adalah termasuk dalam kalangan orang-orang yang zalim.

Ya ALLAH, selamatkanlah aku. Lepaskan aku daripada kedukaan ini. Lepaskan aku daripada sengsara ini. Lepaskan aku daripada kesedihan ini. Kasihanilah aku. Kasihanilah aku!

Zariel menghulurkan tangannya namun tidak diendahkan oleh Nursyahirah. Kepada wanita muda yang mengandung itu Zariel menyuruhnya membawa Puan Naimah duduk di sofa. Kini, Zariel berdiri betul-betul di hadapan isterinya. Menggelengkan kepala melihat perangai isteri yang tak keruan.

Sekali lagi, tangan kanan dihulurkan. Bila Nursyahirah masih tidak mahu peduli, dia terus tunduk, mencempung tubuh kurus isterinya dengan mudah untuk dibawa masuk ke dalam. Merontalah! Tak peduli! Wanita ini perlu dibawa masuk untuk mendengar cerita yang tersembunyi selama ini.

Sebaik sudah duduk, terus Nursyahirah menjerit, “Kenapa buat macam tu? Tak malu ke?”

Zariel tersengih. “Nak malu apa? Abang dukung isteri abang!” balasnya.

Nursyahirah menjeling tajam. “Habis, dia ni siapa?” jerkahnya.

“Ira....”

Nursyahirah memandang wajah ibu mentuanya dengan sepasang mata yang masih berkaca.

“Ira tak faham semua ni, mama. Anak mama tu tadi beria-ia cakap dengan Ira. Nak bina semula rumah tangga kami konon? Habis, dia dah ada rumah lain. Tangga lain! Cari Ira, bawak Ira balik ke sini hanya untuk sakitkan hati Ira. Begitu ke, mama?” soalnya sambil merenung tepat anak mata puan Naimah. Dia inginkan penjelasan. Inginkan kepastian. Tidak mahu berteka-teki lagi!

Tangannya digenggam erat oleh puan Naimah. “Ira, dah lama mama nak buka cerita dan rahsia ni tapi Ira pergi sebelum sempat mama beritahu.” ujarnya.

“Cerita apa, mama? Rahsia apa?”

Sepasang mata memandang wajah suami dan mentua bergilir-gilir. Ketika ini, Zariel kelihatan serius pula. Hai, begitu cepat mood lelaki itu berubah-ubah! Sekejap senyum, sekejap gelak, sekejap kelihatan tegas bukan main. Sukarnya memahami...

“Waktu umur mama 20 tahun, mama pernah kahwin dengan ayah kamu, Ira. Mama pernah kahwin dengan Datuk Herman.”

Terlopong mulut Nursyahirah mendengar. Ini sesuatu yang baru.

“Dua tahun menikah, mama mohon bercerai dengannya. Sebenarnya, dia bukan lelaki pilihan mama. Mama tak cintakan dia. Jadi bila kekasih mama sanggup menerima mama, ayah kamu ceraikan mama secara tebus talak. Jadi, kamu faham tak kenapa ayah kamu bencikan papa Zariel?”

Nursyahirah pandang wajah ibu mentuanya dalam-dalam. Dia cuba menyelami hati wanita itu yang sedang tenang mengenangi kisah silam. Kisah yang membawa kepada kedukaan dirinya.

“Sebab itu ayah kamu berusaha menjatuhkan perniagaan papa. Kemarahannya pada mama jadikan dirinya begitu. Meskipun dia kahwin dengan mak kamu, kemarahan dan kebenciannya pada kami tak pernah kurang sehinggalah...”

Nursyahirah gelisah. Lama benar puan Naimah berjeda. Dia sudah tidak sabar-sabar ingin tahu kisah selanjutnya!

“Sehinggalah papa kamu menduakan mama dan berkahwin dengan Qaniah.”

“Huh? Papa kahwin dua? Kenapa Ira tak tahu pun?” Nursyahirah menyampuk. Rasa terkejut tidak dapat disembunyikan. Terutama bila mengenangi papa Zariel yang lembut bila bercakap tapi iyalah... lelaki, kan? Depan isteri, pijak semut pun tak mati! Oh, patutlah! Dah turun dah perangai tu pada si Zariel! Muda lagi dah pasang dua! Menyampah! Kerana geram, sekali lagi Zariel mendapat jelingan mautnya! Rasakan!

Zariel menggelengkan kepala. Geli hatipun ada melihat telatah Nursyahirah. Dia dapat rasakan yang pada saat ini, kemarahan Nursyahirah padanya sedang meluap, bagaikan lava gunung Merapi! Sedang tunggu masa hendak meletus lagi!

“Papa kahwin masa tu Zariel baru 5 tahun. Mama mengadu pada ayah dengan emak kamu. Herman pulangkan paku buah keras pada mama. Dipadankannya muka mama. Tapi, emak kamu, Miah, cukup baik. Dia lembut menasihatkan ayah kamu supaya tenang dan jangan berdendam. Dia lembut nasihatkan mama supaya redha dengan takdir dan terima Qaniah sebagai madu mama. Sebab itu hubungan kami jadi rapat. Semakin rapat bila ayah dengan mak kamu ambil kamu jadi anak angkat mereka. Kamu comel sangat masa kecil dulu. Semua orang sayang kamu. Kita rapat! Sebab bagi mama, kamu pun dah macam anak mama. Kamu  bebas keluar masuk rumah ini.”

Nursyahirah mula faham apa yang cuba dileraikan. Yang dia tidak mengerti ialah mengapa Zariel membenci ayahnya. Dan, membenci dirinya sekali.

“Bila papa abang jatuh sakit, masa tu abang dah besar. Papa selalu marah-marah mama sebab mama selalu minta tolong pada ayah bila ada krisis dalam syarikat. Sampai satu ketika, ayah membeli syarikat papa bila papa tak boleh bayar hutang pada dia. Jadi, abang yang tak tahu mengapa papa bencikan ayah dan begitu juga sebaliknya, tentu saja marah pada ayah. Bagi abang, ayah perampas! Ayah juga pembunuh papa abang!”

Nursyahirah terhenyak di kerusi. Pengakuan Zariel buat diri rasa semakin tertekan.

“Ira, ayah kamu sebenarnya menunaikan permintaan arwah Miah yang mahu Zariel jadi menantu dia. Mama setuju sebab bagi mama, Ira memang anak mama pun. Mama sayang Ira.”

Kenapakah? Kasih sayang itu terlalu luhur namun layakkah dia?

“Mama terkilan sangat bila Ira pergi tanpa mendengar penjelasan Zariel.”

Sendu wajah puan Naimah meruntun hati Nursyahirah. Didakap tubuh tua itu dan dikucupi dahi yang sedikit berkedut. “Ira pergi kerana Ira malu. Siapalah Ira, mama? Ira bukan anak ayah. Selama ini, ayah sayangkan Ira. Selama ini, Ira sangka, ayah tu ayah Ira rupa-rupanya, dia cuma ayah angkat Ira saja. Ira makin tertekan bila dia berikan Ira semua harta dia. Ira malu nak terima sebab bagi Ira, tak ada sikitpun hasil titik peluh Ira menitis di syarikat tu. Abang Zariel lebih layak, jadi Ira hanya pulangkan kembali harta ni semua kepada yang berhak. Kan?”

“Jadi, Ira lari, sembunyikan diri dari kami sebab Ira malu? Bukan sebab Ira bencikan abang?” Zariel bertanya sambil merenung wajah Nursyahirah dalam-dalam. Dia mahukan jawapan yang sebenarnya hari ini.

“Kenapa Ira nak bencikan abang pulak? Abang tak nak kahwin dengan Ira sebab ayah memang musuh perniagaan papa. Anak musuh, mana boleh nikah. Betul tak?”

Zariel menyisir rambutnya dengan jari jemari. Marahkah? Kenapa gelisah?

“Nursyahirah, awak tahu tak yang kita rugi tiga tahun hanya disebabkan awak yang tak mahu berkongsi rasa tu? Kalaulah awak dengar...”

“Zariel...” Panggilan mamanya menghentikan kemarahan Zariel Ikram.

Nursyahirah menarik nafas. Mengerling sekilas pada wajah wanita mengandung yang diam bagaikan patung, sekali lagi dia melepaskan satu keluhan kecil.

“Saya yang rugi. Awak tu tetap untung juga,” meluncur laju ayat itu keluar meniti bibirnya. Entahlah... sekejap dia berabang-Ira. Bila hatinya panas, berawak-saya. Biarlah! Memang hakikatnya, Zariel sangat bertuah. Maklum tak lama lagi nak dapat anak pula! Tentu bahagia.

“Kenapa Ira cakap Zariel untung?”

Pertanyaan puan Naimah buat Nursyahirah rasa hendak menjerit. Like son, like mother! Boleh buat dunno pula? Buta ke hapa?

“Malas Ira nak jawab. Mama, Ira rasa, Ira tak boleh duduk di sini. Ira dah tak sesuai dengan angin Shah Alam ni. Lagi lama kat sini, nanti mesti dapat penyakit darah tinggi. Tak pun, paling kurang, Ira diserang sakit mata hari-hari. Sekarang ni pun, penyakit hati Ira ni dah di tahap kritikal. So, Ira nak minta diri dulu, ma! Tak tahan dah ni... Sakit sangat!!!”

Terus dia menyalami tangan puan Naimah. Dengan perempuan hamil itu, disalami pada hujung jarinya sahaja. Kemudian Nursyahirah menonong menju ke kereta. Dia mengagau, mencari kunci di dalam tas tangannya.

“Mana pulak kunci kereta ni?”

Suara gelak yang nakal, menyapa telinga!        
...........
harap anda suka n3 ini... akan bersambung lagi.. dan tolong komen sikit hehe...

Ulasan

  1. alahai sofi.. sape ek wanita itu..adakah dia adik tiri zariel..??
    salam
    kak idA

    BalasPadam
  2. mmg sukaaa sgt... buah tangan kak sofi mmg x pernah menghampakan....

    BalasPadam
  3. best.....nak lagi....

    BalasPadam
  4. kak sofi,siapa perempuan yang mengandung tu.

    BalasPadam
  5. 3g_girl,
    akan disambung tunggu ek! :D

    BalasPadam
  6. Anonymous, hehe.. nnt akan tahu juga 8-}

    BalasPadam
  7. hek elehhhh...salam faham la ni..pompuan ngandung tu adik zariel kah??? adesssss trtanya2 lagik nih...sambung2 cpt2 kak sofi..

    BalasPadam
  8. komen ckit..
    nk teringin 5.. :D

    BalasPadam
  9. adik zariel dari isteri kedua papa dia? hopefully.

    BalasPadam
  10. kak sofi,

    nak lagi..... ;;)

    BalasPadam
  11. perempuan tu adk @ kakak ira kot....hek3

    BalasPadam
  12. KAK NAK LAGI..TERINGIN LAGI LA

    BalasPadam
  13. Anonymous, x pe, next n3 akan ada jwpnnyerr hehe

    BalasPadam
  14. miznza84insyaallah... coming soon hehe...

    BalasPadam
  15. juRa, dlm next n3 akan tau hehe...

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…