Langkau ke kandungan utama

Teringin 3

3

Rumah mewah di Laman Sari, Shah Alam itu masih tegak berdiri seperti tiga tahun dahulu. Suasana masih sama, hening dan damai. Air terjun dan pagola di tepi rumah menyimbah ketenangan.

“Kenapa tak bawa keluar beg pakaian Ira sekali?”

Dalam keasyikan memerhati keadaan banglo, Nursyahirah terlupa pada lelaki itu yang sudahpun meletakkan kereta besarnya betul-betul di belakang kereta Persona.

“Macam mana saya nak ambil? Awak letak rapat sangat tu fasal apa?”

Zariel tergelak kecil sambil menggaru-garu kulit kepalanya. “Bagi abang kunci Persona!” pintanya.

Ketika Nursyahirah menghulurkan kunci, terus Zariel menggenggam tangan isterinya. “Kita berdua dah kahwin jadi Ira tetap kena panggil abang, abang. Bukan Zariel, encik Zariel atau awak. Dan, abang nak dengar Ira sebut diri tu sebagai Ira, bukan saya. Abang nak ingatkan juga yang mama tu sakit. Jangan tunjuk sangat kemarahan dan kebencian Ira pada abang depan dia. Pada dia, bila abang berjaya bawa Ira balik ke pangkuan dia, maknanya, Ira dah terima abang dalam hidup Ira. So, please behave, okey!”

Nursyahirah kehilangan kata-kata bila lelaki itu membawa jemarinya ke bibir lantas mengucup setiap satu. Semakin resah bila dahinya pula dikucup, lebih lama dari dulu. Semasa majlis nikah itu, hendak tak hendak sahaja Zariel melakukannya. Namun hari ini? Tindakannya itu membuat hati jadi resah. Jiwa bergetar-getar. Oh TUHAN, lelaki ini sedang menggodakah?

“Awak?”

Lelaki yang dipanggilnya tiba-tiba jadi pekak. Langsung tidak berhenti melangkah. Terus masuk ke dalam kereta dan menggerakkan Persona ke hadapan. Bila dia turun, Nursyahirah memanggilnya lagi, “Awak!”

Zariel tetap tidak mngendahkan.

“Abang Zariel, saya, eh, Ira, cuma nak suruh abang bawakan beg warna hitam tu masuk. Yang lagi satu tu, tak payah!”

Zariel tidak peduli. Dibawakannya semua beg itu keluar dan diangkatnya. 

“Kalau Ira merancang nak tidur di hotel, boleh.. apa salah. Tapi, abang ikut, ya! Bulan madu kita? Lupa?”

Ke situ pula dia? Payah betul bercakap dengan orang yang tetiba macam orang gila talak ni. Tak pernah Nursyahirah terfikir Zariel boleh melawak tentang perkara berkaitan mereka berdua bila dulu dirinya dibenci sesangat.

“Demam ke? Atau dah tak betul? Baru jumpa Ira semula, abang dah jadi tak betul, ya? Dulu abang tak macam ni. Dulu abang serius saja. Kenapa hari ni buat perangai macam apek lawak pula? Abang buat Ira rasa tak selesa, tahu tak?”

Zariel berhenti melangkah. Wajah cantik itu ditatap. Dia kemudian menarik nafas sebelum melafazkan kata yang sekian lama ingin diluah, “Ini baru permulaan, Ira. Sepatutnya, proses menggoda, berkenalan, bermesra... semua ni abang lakukan tiga tahun dulu. Tapi, Ira dah pergi sebelum abang sempat buatnya. Ira pergi, bawa semua barang Ira, Ira tak beritahu ke mana tujuan. Ira sembunyikan diri. Abang tunggu juga kut-kut Ira nak minta cerai atau fasakh. Tiga tahun, abang tahu, Ira sedar yang abang sentiasa memberi nafkah zahir pada Ira, sebagai memberitahu yang abang ingin meneruskan tanggung jawab pada Ira. Tapi, abang rasa, cukuplah tiga tahun abang biarkan Ira sorang-sorang, bawa diri, sunyi tanpa kasih sayang. Dah tiba masa untuk kita berhenti menyeksa diri kita. Banyak yang perlu abang bongkarkan dan banyak yang perlu Ira tahu. Tapi yang pertama sekali abang nak Ira faham ialah, abang tak nak Ira jauhkan diri dari abang lagi. Sebab abang nak kita bermula semula. Jatuh cinta dan menyayangi kerana kita masih suami isteri.”

“Dan, lupakan semua kisah lama macam tu saja?” celah Nursyahirah.

“Selama ni, Ira marahkan abang, Ira bahagia ke?”

Nursyahirah malas menjawab soalan itu. Dia sudah melihat kelibat mamanya. Laju dia meninggalkan Zariel untuk merapati puan Naimah. Senyuman menguntum mekar. Kerinduan terpamer di wajah. Terus sahaja tubuh mama didakap erat tidak lama kemudian.

“Ira rindukan mama. Rindu sangat.” bisiknya.

“Mama pun! Tak pernah sesaatpun, Ira hilang dari ingatan mama,” balas puan Naimah sambil mengusapi belakang Nursyahirah. Air mata bergenang. Tanda gembira. Tanda bahagia. Anak menantunya sudah kembali.

Tiba-tiba, Nursyahirah ternampak satu pergerakan di atas anak tangga. Matanya membulat memerhati gerangan yang sedang turun perlahan-lahan dan penuh hati-hati. Seorang wanita muda, cantik, manis sedang tersenyum memandangnya. Tapi, mampukah membalas senyuman itu bila sepasang mata sedang meneliti tubuh yang membulat di bahagian perut?

Nursyahirah berpaling. Wajah Zariel ditatap garang. 

“Awak ni... Penipu! Pembohong! Nak mulakan semula, konon! Arghh..... Benci! Benci awak!”

Tangisan tidak dapat ditahan. Kesal, sakit hati, marah, geram sedang bertindih dan bergolak hebat dalam perasaan. 

Hati merintih....

Dirinya diduga lagi!
           

Ulasan

  1. sape 2 ekk..
    x kan madu ira.....
    saspen lak..

    BalasPadam
  2. @epy elina hehe... tunggu sambungannya, ya!

    BalasPadam
  3. sapa plak tuh...madu keeeee...haissshhh takan bini muda zaril plak..apa tujuan dia bw balik ira kalu dah ada yg lain...konpius neh..

    BalasPadam
  4. salah faham ke nie??
    huhu..

    (feeqa)

    BalasPadam
  5. siapakah wanita itu?? huhu

    BalasPadam
  6. cikgu sofi sambung cepat. suspen ni...

    BalasPadam
  7. kak sofi,sambung cepat ya.

    BalasPadam
  8. kak nora, nak tahu? esok, k! pagi 2 esok insyaallah kak sofi post sambungannya... hehe

    BalasPadam
  9. salam sofi ni..kenapa zariel buat gitu kat wanita sepolos Nur.. apa sebenarnya tujuan dia.. Nak kan harta..dia da bahagi.. kata mamanya sakit..tapi elok tu.. susahnya nak menduga ek..apa kemahuan seorang suami..yg baru kini mencarinya..mesti bersebab kan..kalau tidak..tak akan bersusah payah mencari..
    salam
    kak idA

    BalasPadam
  10. Anonymous, lelaki selalu begitu, tamak dan terlalu yakin pada kesetiaan seorang perempuan...

    BalasPadam
  11. kak sofi teringin nak baca sambungan lagi plss... (^_^)

    BalasPadam
  12. miznza84, hehe.. teringin ya? okey, coming soon..

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…